Bagi mengekalkan pencapaian yang ada pada hari ini, seluruh rakyat perlu mempertahankan semangat perpaduan yang sudah lama terjalin. Kita boleh berbeza pandangan dalam isu-isu ter­tentu tetapi janganlah sehingga tindak tanduk yang diambil boleh menjurus kepada perpecahan. Perjalanan kita masih jauh dan banyak cabaran yang perlu dilalui bagi membangunkan negara ini.

Apa yang penting seperti kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ialah supaya kita terus kekal optimistik. Perdana Menteri dalam perutusan Tahun Baharu 2018 juga menegaskan bahawa kerajaan akan terus mengambil semua langkah untuk membina negara dan meningkatkan keselamatan, kebajikan dan kebahagiaan rakyat. Kerajaan juga tidak melupakan langkah-langkah untuk mengurangkan cabaran dan kesukaran rakyat.

Awang percaya rakyat Malaysia akan terus menyokong pelbagai tindakan yang sedang dilakukan oleh kerajaan. Hentikan tindakan mensabotaj ekonomi negara dengan membuat tuduhan liar dan palsu sehingga menjejaskan kehidupan rakyat. Jangan kerana dendam politik, ada dalam kalangan kita melakukan kerosakan, ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar.

AWANG - Susun strategi baharu 2018