Itu belum lagi gelanggang kempen dibuka. Kalau sudah rasmi tarikhnya, boleh jadi umpama ‘medan perang’lah.

Dalam hal ini, Awang tabik pada Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam keadaan pembangkang bertali arus menabur adu domba termasuklah mendesak duta-duta Kesatuan Eropah (EU) campur tangan dalam urusan dalaman negara, Perdana Menteri terus komited menjalankan kerja-kerja pentadbirannya.

Banyak pelaburan asing disuntik masuk hasil komitmen tinggi ini. Kalau tak bawa masuk pelaburan, akan dikata kerajaan gagal. Tapi kalau bawa masuk pelaburan, dipusingkan pembangkang pula sebagai menggadai negara.

Cuma Awang nak minta semua orang renungkan iktibar kejatuhan Empayar Bani Abasiyah di bawah Khalifah Al-Mustashim Billah.

Kisahnya bagaimana pemimpin dan pembesar di dalam negara yang tidak berpuas hati dan pentingkan diri, berpaling tadah - membantu jayakan agenda pihak luar - yang akhirnya membawa padah amat dahsyat. Belajarlah daripada sejarah.

AWANG - Bersyukur masih di bumi Malaysia.