Biar apa pun orang kata mengenai kehadiran tersebut, apa yang pasti mereka hadir tanda sokongan dan ingin mendengar sendiri janji-janji yang akan dilaksanakan sekiranya BN mendapat semula mandat baharu semasa Pilihan Raya Umum Ke-14.

Dengan yakin, pimpinan BN menawarkan 14 teras yang menjanjikan program yang lebih baik untuk rakyat dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak. Rakyat pelbagai peringkat akan memperoleh manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

BN sudah tentu membuat janji yang mampu ditepati atau dilaksanakan seperti yang dibuktikan selama ini. Benarlah se­perti kata Najib bahawa undi rakyat pada kali ini adalah untuk kelangsungan kemakmuran, kesejahteraan dan keamanan negara.

Awang percaya, banyak lagi pembaharuan dan perubahan akan dilakukan sekiranya BN terus diberi mandat. Keupayaan untuk melangkaui sesuatu yang dijanjikan sudah terbukti. Rakyat boleh menilai Aku Janji 2013 yang hampir dilaksanakan sepenuhnya. Walaupun tidak semuanya sempurna tetapi apa yang penting kesediaan BN untuk melakukan penambahbaikan sesuai dengan kehendak dan keperluan rakyat.

AWANG – Sentiasa buat penambahbaikan.