Tindakan lelaki itu menunjukkan kegigihan warga asing yang berusaha mencari rezeki walaupun secara tidak sah serta mem­belakangi undang-undang. Begitu kreatif dan berani warga­negara asing menggunakan kepakaran untuk menipu pihak berkuasa.

Di mana silapnya? Adakah undang-undang kita terlalu longgar atau wujud ketirisan dalam kalangan pihak tertentu? Bukan sedikit keuntungan yang dibuat kerana difahamkan ‘Abang Abu’ mampu meraih keuntungan sehingga RM10,000 sebulan.

Bukanlah sesuatu yang mustahil bahawa kegiatan seumpama ini terus aktif kerana dokumen palsu mendapat permintaan tinggi ter­utama bagi mereka yang memasuki negara ini secara salah. Jabatan-jabatan yang terlibat perlu meningkatkan usaha untuk membanteras kegiatan seumpama ini.

Awang sedar sebelum ini pun banyak dalam kalangan warga asing yang terlibat dengan kegiatan memalsukan dokumen untuk melindungi diri mereka. Rakyat negara ini perlu bekerjasama memerangi kegiatan ini. Jangan pula mereka bersekongkol de­ngan kegiatan ini. Hukuman lebih berat juga perlu dikenakan, bukan sekadar mengusir mereka pulang ke negara masing-masing.

AWANG - Teringat ‘Adik Manis’.