Apa pun tanggapan yang dibuat berhubung insentif berkenaan, pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah satu lagi khabar gembira untuk penjawat awam.

Sebenarnya banyak insentif lain sama ada yang dibentangkan semasa Bajet 2018 atau pengumuman semalam memberi manfaat kepada penjawat awam serta mereka yang telah memasuki kumpulan pesara.

Kenaikan gaji bakal melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion manakala faedah persaraan seperti pencen pula, setakat ini melibatkan RM24 bilion. Memang bertuah kakitangan awam dan pesara kerajaan di negara ini. Hargailah keprihatinan kerajaan ini dengan mempertingkatkan mutu perkhidmatan.

Awang percaya sebagai kumpulan barisan hadapan, penjawat awam dapat sama-sama menjaga kredibiliti atau imej kerajaan. Rakyat yang berurusan dengan mereka biasanya akan me­nyalahkan kerajaan dan pemimpin sekiranya berhadapan dengan masalah. Justeru, bekerjalah dengan penuh dedikasi untuk rakyat. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

AWANG – Pesara tak ada pencen.