Mengambil sikap siasat jika terdapat salah laku tetapi pada masa yang sama tidak ‘menggali’ kesilapan lalu. Baginya, jika ada kelemahan, ia harus diperbaiki. Program yang baik diteruskan dan jika perlu, dilakukan penambahbaikan.

Begitu juga penekanan terhadap integriti dalam menjalankan tugas. Penegasannya bahawa semua urusan perlu mengikut prosedur kerana beliau berkhidmat untuk rakyat bukan kepada kumpulan elit. Dengan kedudukannya sebagai Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), cabarannya amat besar.

Tidak dinafikan akan ada pihak tertentu yang cuba menggunakan kedudukannya bagi meraih ‘keuntungan’. Diharapkan dengan sokongan warga kementerian itu, beliau dapat melaksanakan perancangan dengan baik demi belia dan sukan.

Awang berharap, semua pihak memberi peluang kepada Syed Saddiq untuk mencipta kejayaan yang lebih besar. Seperti kata bekas Menteri, Khairy Jamaluddin, jangan lihat kepada usia tetapi prestasi menteri itu yang telah membuktikan ketokohan dan kebolehan sebagai pemimpin muda yang dihormati.

AWANG - Terima kasih KJ.