Ini secara langsung menolak persepsi buruk segelintir ­rakyat negara ini yang bukan sahaja memandang rendah produk-produk buatan tempatan, malah memperlekeh dan mengaitkannya de­ngan tidak berkualiti dan pada masa sama mengagungkan pula ­barangan buatan negara luar.

Apabila badan peneraju dunia bagi pembangunan standard antarabangsa ini mengiktiraf barangan dan perkhidmatan negara ini, ia sepatutnya membuka mata kita semua betapa barangan buatan Malaysia boleh pergi lebih jauh jika rakyatnya sendiri memberi kepercayaan, keyakinan dan sokongan penuh.

Dalam banyak hal termasuk sukan, kita semua boleh bersatu menyokong pasukan negara ini, mengapa dalam hal produk dan perkhidmatan tempatan kita bersikap double standard dan mendewakan jenama luar yang mahal harganya jika dibandingkan dengan jenama tempatan yang murah tetapi berkualiti. Sikap inilah yang perlu diubah.

AWANG – Yakini produk tempatan.