Walaupun mengambil masa yang lama, sudah tentu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil pelbagai pandangan parti gabungan iaitu PKR, DAP, PPBM, Amanah serta Warisan dari Sabah. Kabinet ini menggabungkan pelbagai latar profesion dengan anggota paling muda, Syed Saddiq Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Melihat komposisi anggota, PKR mendahului dengan tujuh menteri diikuti DAP (6), PPBM (5), Amanah (5) dan Warisan (3). Hampir semua ahli Parlimen PPBM, Amanah serta Warisan menganggotai Kabinet apabila mereka dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri. Untuk rekod, PPBM mempunyai 13 ahli Parlimen diikuti Amanah (11) dan Warisan (8).

Sebagai Kabinet pertama, sudah tentulah hampir kesemua­nya adalah muka baharu. Bagaimanapun kebanyakannya adalah ahli politik yang banyak pengalaman di Dewan Rakyat.

Awang percaya pengalaman sebagai wakil rakyat dapat memudahkan perkhidmatan mereka. Semoga semuanya dapat memikul amanah dan tanggungjawab yang diberi selaras de­ngan lafaz sumpah yang diikrarkan. Berkhidmat dan bekerjalah dengan jujur bagi memenuhi impian dan harapan rakyat.

AWANG - Tunggu tiga menteri Senator.