Sidang Dewan Rakyat berakhir, Khamis ini. Pada masa yang sama rakyat Malaysia juga ternanti-nanti apakah segala teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan terjawab atau dapat dibayangkan pada minggu ini.

Kepada seluruh anggota Parlimen, eloklah buat kali terakhir ini, mereka menunjukkan rasa hormat terhadap Dewan Rakyat. Biarlah sidang terakhir bagi mereka untuk penggal ini berakhir dengan suasana penuh harmoni.

Jadikan satu memori indah sebelum Dewan Rakyat dibubar bagi membolehkan PRU-14 mengambil giliran. Tinggalkan institusi itu tanpa kontroversi yang boleh mencalarkan imej mereka dan kerajaan. Jangan ada lagi wakil rakyat diarah keluar.

Awang juga menunggu dengan penuh minat pembentangan manifesto Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan hujung minggu ini. Semuanya sudah siap. Khabarnya ada perkara baik dan meme­ranjatkan. Sebelum ini Pakatan Harapan dan Pas sudah pun me­lancarkan manifesto masing-masing. Semoga rakyat berpeluang menilai manifesto siapa lebih baik dan terhebat untuk Malaysia.

AWANG - Hargai kesabaran Speaker Parlimen