Awang yakin bahawa kerajaan sedang berusaha sedaya-upaya untuk ‘membebaskan’ rakyat kita di sana. Sementara kerajaan memberi tumpuan kepada rundingan diplomatik, apa yang dapat dilakukan oleh rakyat Malaysia di tanah air ialah berdoa agar konflik Kuala Lumpur-Pyongyang menemui titik penyele­saiannya. Awang percaya bukan sahaja umat Islam bahkan penganut agama lain juga turut sama-sama berdoa.

Harapan kita cuma satu, iaitu agar sengketa yang tidak diundang ini, yang menguji hubungan baik kedua-dua negara selama 40 tahun dapat ditamatkan segera, sekali gus memboleh­kan kesemua sembilan rakyat Malaysia yang masih berada di Pyongyang, selamat dan tiada halangan untuk meninggalkan negara itu.

Dalam keadaan sekarang, marilah kita ketepikan sementara perbezaan pandangan dan fahaman politik. Hentikan juga spekulasi liar dan fitnah berhubung apa yang berlaku. Sebaliknya bersama-samalah kita menadah tangan mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara dan tanah air kita yang tercinta.

AWANG - Tidak putus-putus berdoa