Dalam hal ini, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) juga meletakkan harapan usahawan di bawah naungannya dapat meraih kontrak bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion. Mungkin dengan kepakaran yang ada, sasaran itu dapat ditingkatkan. 
Peluang itu wujud bukan sahaja semasa pelaksanaan projek tetapi juga selepas HSR siap. Adalah lebih baik, usahawan tempatan mempersiapkan diri mulai sekarang. Usahlah membuang masa berbincang mengenai perkara yang tidak pasti mengenai projek ini yang cuba memberi  imej atau persepsi buruk. 
Isu utama sekarang ialah bagaimana mahu merebut peluang dan sejauh mana persediaan kita dengan tenaga pakar yang boleh membantu membangunkan projek berkenaan. Usahawan tempatan perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran termasuk teknologi tinggi supaya mereka mampu bersaing dengan kepakaran luar. Jangan ambil sikap tunggu dan lihat.
Awang percaya, kerajaan tidak melupakan usahawan tempatan yang berkelayakan mengambil bahagian dalam projek berkenaan. Bersedialah menyahut cabaran untuk melaksanakan tanggungjawab dan kepercayaan yang bakal diberi. 

AWANG – Bersedia cari peluang baharu