Mahkamah memutuskan kesemua 13 tertuduh tidak bertanggungjawab terhadap kemalangan yang menyebabkan seramai 108 orang terkorban manakala 238 lagi cedera.

Dalam kejadian pada 11 September 2015, kren yang digunakan untuk projek peluasan Masjidilharam tumbang dan menimpa jemaah haji di kawasan terbabit.

Dalam pada itu portal Saudi Gazette melaporkan, keputusan tersebut dibantah oleh Peguam Negara yang turut mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Rayuan tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan yang kemudian membatalkan keputusan Mahkamah Jenayah itu bagi meneliti semula kes berkenaan kerana ia tidak termaktub dalam bidang kuasa mahkamah terbabit.

Mahkamah itu mengambil kira bahawa kes itu berada di bawah undang-undang sivil tetapi Mahkamah Rayuan telah meminta Mahkamah Jenayah untuk meneliti kes berkenaan.