* Erfan, Melaka.
UKE:
Mana boleh mengatakan bahawa disebabkan kejahilan seseorang itu melakukan ibadat seperti amalan orang kafir.

Semua orang Islam perlu tahu bahawa melakukan sesuatu ibadat seperti perbuatan orang kafir adalah haram dan berdosa besar.

Wajib bertaubat dengan taubat nasuha. Wajib menghadiri majlis ilmu untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan jangan mainmain dengan hukum agama Islam.

Bagi saya, jika alasan kejahilan digunakan adalah sangat tidak menusabah di dalam konteks negara Malaysia.

Sebagai seorang yang lahir sebagai muslim, sekolah agama berselerak, guru agama beratus ribu orang, program agama beratus ribu, kitab agama beratus ribu, madrasah, surah dan masjid beribu, malah kuliah maghrib setiap malam.

Maka, jangan berikan alasan kejahilan menyebabkan melakukan amalan menyerupai orang kafir melainkan jika duduk dalam hutan langsung tak berjumpa orang. Kalau yang itu baru boleh saya terima alasannya. Apapun wajib bertaubat.

 

Waris yang sah

Ibu saya mempunyai dua orang anak daripada dua perkahwinan iaitu saya dan seorang abang (adik-beradik seibu). Abang saya meninggal dunia dahulu daripada ibu. Abang meninggal dunia pada tahun 2000 manakala ibu saya pada 2008.

Apakah anak-anak abang saya juga berhak ke atas pusaka ibu saya? Abang saya ada dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Saya pula ada empat orang anak perempuan. 

* M. Malim, Kampar.
UKE:
Cucu ini tidak mewarisi harta tersebut kerana ayahnya meninggal dunia terlebih dahulu daripada neneknya.

 

Baca al-Quran di bulan Ramadan

Saya belajar dengan guru saya dan baru baca lima juzuk al-Quran.

Andai kata saya ingin membaca sehingga 30 juzuk di bulan Ramadan, apakah boleh atau saya hanya ulang baca sehingga lima juzuk sahaja?

* Siti, Sabak Bernam.

UKE: Tak semestinya belum habis baca al- Quran, anda tidak boleh bertadarus 30 juzuk. Bila anda sudah lancar membaca, maka teruskanlah bacaan dan sertailah kumpulan tadarus berhampiran sama ada di masjid atau di surau yang berdekatan.

Jika anda rasa anda masih belum lancar atau tidak yakin dengan bacaan, maka anda bacalah manamana surah yang anda baca dengan senang dan mudah bagi anda sepanjang bulan Ramadan.