Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Iftar di Masjid Nabawi, Madinah.
Iftar di Masjid Nabawi, Madinah.

Sama seperti anak-anak yatim, ada pihak yang tam­pil menaja pakaian mereka. Begitulah suasana menjelang hari raya selepas Ramadan memasuki hari ke 17 hari ini.

Tidak dinafikan kos sara hidup meningkat. Dalam hubungan ini, kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan beban itu. Menjelang hari raya, kakitangan awam mendapat bantuan khas kewangan RM500. Ada juga ne­geri yang memberi habuan le­bih tinggi, mengikut kemampuan ma­sing-masing. Tidak kira niat di sebalik pembayaran itu, apa yang penting dapat meringankan beban yang ditanggung. Beban kos sara hidup juga cuba dikurangkan dengan pelbagai inisiatif oleh kerajaan termasuk Bantuan Rak­yat 1Malaysia (BR1M), bas percuma di beberapa lokasi, diskaun pe­ngangkutan awam terpilih dan pelbagai lagi. Semua itu menunjukkan kerajaan sedar akan kos sara hidup yang tinggi. 

Bagaimana pula dengan sikap rakyat dalam berbelanja? Adakah mereka boros? Ingat, bagi kakita­ngan awam dan swasta yang mendapat gaji bulanan, gaji berikutnya adalah menjelang hujung bulan Julai. Jadi berpada-padalah ketika berbelanja menjelang hari raya ini supaya tidak membebankan kehidupan dalam tempoh sebulan ini. Ramai yang hidup ter­utama di ibu kota ‘cukup-cukup makan’ antara satu bulan gaji dengan gaji berikutnya. Mereka terpaksa melakukan kerja sampingan, memandu teksi, GrabCar, berniaga di pasar malam dan pelbagai lagi. Dalam erti kata lain, jika mahu hidup seperti orang berada, kena kerja lebih. Jika pada bulan Ramadan ini, mereka sudah tentu tidak mampu berbuka puasa di hotel atau restoran yang menawarkan bufet Ramadan sehingga berpuluh atau ratus ringgit seorang. Bagaimanapun, mereka mungkin ‘tewas’ di bazar Ramadan apabila membeli pelbagai makanan dan minuman sehingga tidak cukup jari untuk membawanya.

Apa pun, biar alah membeli, menang memakannya. Jangan sampai makanan/minuman ber­ak­hir di da­lam tong sampah atau longkang. Ketika berpeluang menghadiri majlis berbuka puasa atas undang­an pihak-pihak ter­tentu, ternyata, ma­sih ramai yang mampu berbuka pua­sa secara ‘mewah’ dengan pelbagai hidangan. Contohnya dengan harga RM80, berapa banyak yang boleh anda makan? Sudah menjadi kebiasaan bagi hotel untuk menyediakan makanan secukupnya dan mungkin berlebihan. Timbul persoalan, ke manakah akhirnya makanan yang tidak habis? Menye­lak kembali fakta berkaitan pem­baziran makanan, statistik me­nunjukkan bahawa jumlah sisa makanan yang dibuang di Malaysia setiap hari ialah kira-kira 3,000 tan metrik yang pada asasnya tidak disentuh. Jumlah itu mencukupi untuk memberi makan dua juta orang yang kelaparan. Semua jenis sisa makanan ini membentuk kira-kira 40 peratus atau 15,000 tan metrik, sisa harian isi rumah.

Angka ini adalah berdasarkan penyelidikan oleh Perbadanan Pe­ngurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) pada 2015. Jika berubah pun, tidak jauh beza. Sedar atau tidak, jika dilihat dalam bentuk wang, kajian itu mendapati bahawa isi rumah yang terdiri daripada lima anggota membe­lanjakan purata RM900 sebulan untuk makanan, dan satu perempat daripadanya terbuang ketika penyediaan, memasak dan penggunaan. Ini bermakna kira-kira RM225 dibuang ke dalam tong sampah setiap bulan. Pembaziran ini berlaku ketika musim perayaan termasuk pada bulan Ramadan, Hari Raya dan Tahun Baharu Cina.

Belajarlah berbelanja secara berhemah. Membeli dan kemudian memasak sekadar memenuhi keperluan. Sepanjang Ramadan ini, adakah jumlah pengambilan makanan kita berkurangan atau sebaliknya? Setiap orang ada jawapannya. Bagi yang berpeluang menghadiri iftar di hotel sudah tentu dapat merasai bagaimana akan berlaku pembaziran. Di situ ada pelbagai jenis nasi - beriyani, nasi ayam, nasi putih. Lauk­nya pula ayam, da­­ging, kambing, ikan, udang, ketam dan macam-macam lagi. Ti­dak ketinggalan sa­yur-sayuran dan ulam. Kuih muih, bubur dan sup juga pelbagai di samping sate, mi rebus, sup, asam laksa dan sebagainya. Pencuci mulut juga sama. Air pula - teh tarik, si­rap bandung, air batu campur, air tebu, soya dan pelbagai lagi.

Selesai solat Maghrib dan sambung semula, belum tentu habis dijamah satu persatu. Be­gitulah makmurnya ma­kanan untuk berbuka bagi orang yang ‘berada’. Keadaan sama berlaku bagi yang berbuka secara sederhana kerana di bazar Ramadan, mereka sudah terpengaruh dengan pelbagai jenis makanan. Mungkin yang dapat mengawalnya adalah bagi yang berbuka di masjid atau majlis seumpamanya. Menunya mungkin sekadar kurma, bubur lambuk, sedikit kuih-muih, nasi serta minuman panas dan sejuk. Alangkah baik­nya peruntukan besar orang berada untuk berbuka itu disalurkan bagi membantu mereka yang tidak sempat membeli juadah berbuka, contohnya di jalan raya yang sibuk, stesen LRT, komuter, bas atau pusat membeli belah.

Langkah itu bukan sekadar membantu mereka berbuka tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim. Pengalaman berbuka puasa di Masjidilharam, Masjid Nabawi dan di Jeddah menunjukkan wujudnya semangat persaudaraan itu di samping mengejar pahala berlipat ganda jika memberi makanan ketika berbuka. Di sana, sesudah waktu Asar, ramai yang akan membawa makanan ke dalam masjid atau sekitarnya untuk disedekahkan. Ada ken­deraan akan membawa makanan, sekurang-kurangnya biskut dan air untuk diedarkan kepada mereka yang ditemui di atas jalan raya.

Hari itu, waktu berbuka, saya dan beberapa rakan lain yang berada di Masjidilharam berbuka dengan tujuh biji kurma, secebis roti, air zamzam dan teh yang disumbangkan oleh jemaah. Makanan itu cukup sehingga selesai tarawih 20 rakaat, tanpa meninggalkan masjid untuk mencari makanan tambahan selepas selesai solat Maghrib. Keadaan sebalik­nya berlaku di Malaysia!

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain