Zaidah, Cheras.

UKE: Mesti ada sebab kenapa pemberian zakat kepadanya dihentikan. Pihak pejabat zakat tidak sewenang-wenangnya memberi dan menarik semula pemberian zakat melainkan setelah meneliti sesuatu perkara.

Persoalannya adakah bapa saudara anda mempunyai pendapatan tetap dan harta selain dari rumahnya?

Anda kena pastikan betul-betul sebab saya sendiri pernah bertemu orang yang hidupnya nampak sangat susah tetapi rupa-rupanya memiliki kebun kelapa seluas 30 ekar. 

Bila dibayar zakat kepada yang bukan berhak, macam mana nak sah zakat tersebut?  Zakat yang sah dan sempurna diagihkan kepada yang berhak dan layak. 

Berbalik kepada soalan anda, pemberian zakat secara langsung tanpa melalui pihak berkuasa telah saya jelaskan dalam ruangan ini beberapa bulan yang lepas. 

Kalau anda ingin bayar zakat sendiri sekalipun, anda tidaklah boleh memberikan keseluruhan zakat itu hanya kepada seorang penerima asnaf sahaja.

Ada dua cadangan daripada saya kepada anda. Pertama, anda bayar beberapa bahagian daripada zakat anda kepada pejabat zakat dan memberi satu bahagian kepada bapa saudara jika dia benar-benar layak menerimanya.

 Kedua, saya juga mencadangkan agar zakat anda diserahkan kepada pejabat zakat kesemuanya dan bersedekahlah kepada bapa saudara anda dan ini lebih menenangkan jiwa anda.