Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bahaya liberalisme dan pluralisme agama

MINGGU lalu penulis sempat mengikuti wacana gerakan Illuminati yang memberi fokus kepada bahaya liberalisme dan pluralisme agama di Putrajaya. Wacana itu dianjurkan Badan Muafakat Malaysia dengan kerjasama Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menariknya wacana ini ialah pendedahan beberapa kelompok Islam yang menganut fahaman ini yang dikatakan bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Liberalisme Islam mengambil pendekatan bahawa al-Quran harus ditafsir semula, hadis Rasulullah SAW tidak boleh dijadikan sumber hukum, tafsir al-Quran banyak bercanggah dengan akidah dan syariah manakala ulama tidak ikut zaman, jumud dan tidak maju.

Sementara pluralisme Islam membuat tanggapan bahawa semua agama adalah sama. Lalu kebenaran (hak) tidak hanya dalam Islam tetapi agama-agama lain juga. Umat Islam harus merujuk kepada model barat dan faham sekularnya jika ingin maju. Kalimah Allah boleh digunakan dalam agama lain seperti Kristian.

Baik liberalisme mahupun pluralisme Islam tidak berasaskan urutan tafsir dan islah (reform) serta tajdid (transform) yang sekian lama berjalan dalam kalangan ulama dan ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kalangan liberalis dan pluralis harus faham faktor sejarah yang telah menyebabkan barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam di tengah-tengah kelompok agama dan negara mengalami konflik dan menyebabkan saintis seperti Galileo Galili menjalani hidup dengan penuh tekanan di abad pertengahan.

Dalam tamadun Islam keadaan seperti ini tidak berlaku. Al-Quran terkandung ribuan ayat mengenai sains dan teknologi seperti isu penciptaan, alam semesta, bumi dan langit, teori Dentuman Besar (Big Bang Theory) dan banyak lagi.

Kitab perubatan Ibn Sina Qanun Fit Tib digunakan di Barat selama 600 tahun sebagai bahan rujukan ilmu perubatan. Ilmu bedah Abu Qasim Az Zahrawi dan peralatannya terkenal di barat dan digunakan sehingga kini. Algoritma, algebra dan konsep sifar al Khuwarizmi rancak diaplikasikan dalam matematik dan teori ilmu bintang al Biruni juga diguna pakai di Eropah bagi mengembangkan tradisi sains dan teknologi.

Kemampuan ilmuwan silam menghasilkan tamadun dan dimanfaatkan oleh ilmuwan barat kerana wujud siner­gi ulama-umara di zaman Al Makmun, Al Mansor, Harun Ar Rashid, Omar Ab.Aziz. Mereka tidak menyimpang daripada urutan keilmuan dan tafsir yang bertunjangkan jiwa tadabbur (kaji selidik) yang tinggi bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.

Kedua, berlaku integrasi ilmu nakliah dan akliah yang menyebabkan teori ilmu dan aplikasinya diurus daripada tasawwur (pandangan) semesta yang mengu­kuhkan epistemologi (binaan ilmu) yang Islami dan alamiah sifatnya. Ketiga, berkembangnya tradisi kecendekia­wanan dan hasil tradisi tadabbur menyebabkan ribuan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu lahir dan menjadi rujukan zaman-berzaman.

Keempat, wujud pemanfaatan ilmu berbanding budaya dan tradisi orang lain yang menyumbang kepada pengayaan ilmu. Orang seperti al Biruni menjelajah ke India, menguasai bahasa Hindi dan menyelongkar ilmu bandingan yang bermanfaat untuk umat manusia.

Islam tidak mengambil pendekatan anti-barat semata-mata barat itu barat. Tetapi umat berilmu dididik supaya hati-hati dan teliti dengan proses pembaratan kerana barat mempunyai agenda. Globalisasi yang sedang berjalan, faham sekularisme, provokasi hak asasi manusia, Islamofobia (kegentaran kepada Islam), amalan LGBT, keruntuhan sistem kekeluargaan yang semakin ketara, AIDS dan HIV yang sedang menyerang boleh memberi kesan kepada kehidupan beragama khususnya umat Islam.

Mengembalikan manusia kepada kehidupan yang fitrah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah tetap relevan. Islah dan tajdid boleh terjadi dalam urutan tradisi pentafsiran yang telah diwujudkan oleh ulama dan ilmuwan terdahulu dan dikembangkan prinsip dan kaedah yang sesuai dengan keperluan zaman.

Para liberalis dan pluralis tidak harus merujuk kepada barat dan sistem sekularnya sebagai model terbaik untuk kemajuan Islam kerana faham sekular itu merintis jalan ke arah pemisahan agama daripada kehidupan. Tidak timbul menganut Islam mengikut acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah menjadikan kita mundur dan ketinggalan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain