DailyMail melaporkan, penyelidik Pusat Perubatan Erasmus di Rotterdam mendapati seseorang wanita yang mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sa­yuran segar mempunyai sedikit ke­dutan di muka apabila melepasi usia 50 tahun berban­ding yang tidak makan makanan sihat.

Bagaimanapun, kajian turut mendapati lelaki yang me­ngambil makanan seimbang dan sihat tidak mengalami perubahan pada penampilan mereka.

Wanita yang makan lebih roti, daging merah dan gula mempu­nyai lebih kedutan di wajah.

Kajian itu juga merumuskan makan buah adalah alternatif menjimatkan berban­ding sebotol krim atau losyen bagi wa­nita yang ingin mempunyai kulit mu­da remaja.

Penemuan itu dirumuskan da­ripada kaji selidik tabiat pemakanan kalangan 2,700 lelaki dan wanita berusia le­bih 50 tahun dan diterbitkan dalam Journal of the American Academy of Dermatology.