Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Antara RM1 dan £1; Antara Nasionalis dan Buruh

Senario I
SEMALAM saya diberitahu dengan satu berita baik oleh pasangan rumah tangga saya.

“Abang harga barang semua murah sekarang. Harga di Texxx merudum turun. Mungkin harga Tahun Baharu Cina kot?” tanya­nya kepada saya.

Saya menjawab ringkas, “..syu­kurlah.”

Nampak macam tidak puas hati dengan jawapan ringkas saya, dia tanya lagi, “..kenapa menje­lang raya orang kita, harga semua meningkat tak tentu pasal?”

Kali ini saya bercakap dalam hati, “..apa nak tanya dengan aku soalan macam itu, pergilah tanya dengan KPDNKK.”

Namun, kerana tidak mahu dia terus bertanya-tanya, saya menjawab pendek lagi, “..harga turun di musim raya Cina ini mungkin kerana tiada permintaan kot.” Saya bagi dia jawapan bodoh.

Dia menjawab, “..adakah ke­rana pada musim raya kita, permintaan terlalu tinggi sehingga penawaran tak dapat menampung menyebabkan harga barang di musim raya naik menggila...”

“Mungkinlah,” sepatah sahaja jawapan saya, tapi dalam hati saya berkata, “..itu kena tanya lagi dengan KPDNKK, mereka lebih arif.”

Tetapi dalam hati saya berkata-kata lagi secara monolog, “..apa nak hairannya. Mereka yang menguasai pasaran. Dari bawah sampai ke atas. Mereka boleh menentukan segala-galanya. Tahun Baharu mereka, mereka bagi diskaunlah kot? Orang yang me­nyambut hari raya, apa yang ada?

“Yang mereka ada hanyalah pegawai-pegawai Melayu yang bertimbun-timbun di KPDNKK. Mereka yang sepatutnya lebih arif dengan harga barang yang kita makan tiap-tiap hari.”

Tetapi di luar musim Tahun Baharu Cina ini harga akan naik semula. Harga naik melambung sehingga tak terfikir di kepala otak kita.

GST kerajaan hanyalah 6 peratus, tetapi harga naik seolah-olah setiap bahan yang digunakan untuk membuat setiap produk itu dicampur-campur 6 peratus itu.

Mana dia agensi antipencatutan kita, yang kononnya mahu mengekang antiambil untung potong leher. Kononnya akta itu adalah yang pertama di dunia, yang diwujudkan bagi mengekang peningkatan harga ekoran pengenalan GST?

Harga makanan di kedai-kedai makan dan kedai mamak pula siapa yang kontrol? Letak harga ikut suka sahaja.

Beberapa malam lepas saya makan di sebuah restoran ma­mak. Seorang ambil mi goreng, seorang ambil roti nan, seorang ambil kuetiau goreng, itu pun berkongsi dengan seorang lagi, campur air minumanlah. Saya bagi RM30 kepada anak saya suruh dia bayar di kaunter.

Tiba-tiba dia dia datang semula kepada saya. “Abah tak cukup. Semua RM45.” Saya tanya anak saya, kenapa mahal sangat? Dia kata, “..pergi tanya sendirilah.”

Saya ajar anak saya, jika terlalu mahal tanya dia kenapa mahal? Biar ada orang yang berkata, ia mahal. Biar register di otak pekedai itu bahawa ada pelanggan yang bertanya mengapa harga mahal. Bukan hanya main bayar dan pergi, walaupun har­ganya mahal.

Cakap kat mamak itu, “..mau kasi mati saya ka? Kalau saya mati, kamu pun mati gulung tikar.”

Kini restoran mamak bukan lagi “restoran rakyat” sebagaimana dulu-dulu. Ia adalah “restoran mewah rakyat marhaen”.

Apabila anak saya bertanya, “..apa pasal mahal sangat ane?”, ane juruwang itu menjawab, “..pergi tanya sama saya punya tauke lah...”

Habis senario I.

Senario II

BARU-BARU ini saya ke United Kingdom. Dua minggu saya berada di situ. Bukanlah berbelanja mewah, tetapi bajet-bajet sahaja. Semuanya kena kali dengan 5.5 -- ringgit berbanding pound sterling.

Namun saya cuba menyelami kehidupan di sana, tanpa mengambil kira soal 5.5 itu. Saya sewa sebuah flat. Beli barang-barang makanan sendiri dan masak sendiri.

Saya sedar dan mengambil kira juga negara itu melaksanakan sistem cukai ala GST kita, tapi diberi nama VAT. Cukai VAT di sana 20 peratus. Kita hanya 6 peratus.

Jika mengambil kira Senario I di atas, sudah tentu keadaannya lebih rumit lagi. Lebih gawat lagi. Lebih cemas lagi. Harga makanan mungkin lebih menggila berbanding dengan di Malaysia. Yalah 20 peratus cukai VAT berbanding dengan hanya 6 peratus GST kita.

Anak yang berusia 17 tahun pun bersama-sama saya ikut ke pasar raya -- antaranya Tesco, Sainsbury’s, Morrisons -- untuk membeli barangan makanan. “Abah apa pasal harga di sini semua murah-murah?”

“Mengapa harga barang-barang makanan dalam lingkungan bawah satu pound (£1) dan sekitar satu pound sahaja?” “Kenapa harga barang di negara kita mahal sangat?”

Seorang rakyat Malaysia yang tinggal di sana dan bekerja sebagai seorang profesional di sebuah syarikat negara itu berkata, “..ya walaupun gaji kecil, tetapi sini harga barang semua murah.”

“Yang mahal pun ada, siapa mampu dia belilah dan bayarlah cukai VAT 20 peratus itu?”

Oh begitu, kata anak saya itu. Dia masih tidak faham mengenai budaya di UK, yang dilingkungi oleh budaya Buruh dan kepenggunaan yang kuat sejak ratusan tahun lalu. Itu pasallah Parti Buruh di UK hidup sampai hari ini. Di UK, walau siapa pun yang memerintah kerajaan sama ada Konservatif atau Buruh, semangat keburuhan dan kepenggunaan itu akan kekal utuh.

Budaya keburuhan (labour culture) yang menentukan peniaga waima kerajaan harus menjaga kebajikan rakyat. Rakyat selaku pengguna adalah raja di mata peniaga dan kerajaan. Bukan sebaliknya. Apa akan berlaku sekiranya peniaga itu raja dan pengguna itu hamba-abdi. Maka itulah yang berlaku sekarang di negara kita.

Di UK dari selatan sampai ke Scotland di utara, harga barangnya adalah seragam. Pengguna masih memastikan nilai Satu Pound Sterling dalam tangan mereka itu cukup besar nilainya.

Satu Pound boleh membeli barangan yang sama, tetapi dengan harga yang berlipat kali ganda di negara kita.

Seperti yang saya katakan ja­ngan kita darab dengan 5.5 (te­ngah hari semalam 5.5366). Ba­yangkan Satu Pound itu RM1. Nilai Satu Poundnya cukup bernilai.

Sekarang kita tanya diri kita di Malaysia, adakah nilai RM1 itu cukup bernilai? Adakah susut nilai RM1 terlalu cepat merudum menyebabkan nilai RM1 itu sudah tidak dipandang oleh para peniaga?

Mengapa nilai Satu Pound sejak saya tinggal di sana lebih 20 tahun lalu, lebih kurang sama selepas dua dekad ini?

Berdasar bacaan di akhbar, mungkin ada yang sedikit runsing kadar inflasinya akan naik sedikit, tetapi nilai pada karung barang-barangnya masih lagi dalam lingkungan kehendak rakyat.

Saya pasti gaji penduduk di UK rata-rata masih lagi tidak tinggi, tetapi kerana nilai kepenggunaannya tinggi -- harga barangannya rendah, maka gaji yang ada itu masih dapat menampung keselesaan hidup seharian.

Sebaliknya, kita bimbang de­ngan pengumuman negara ke arah berpendapatan tinggi, namun jika harga barang tidak terkawal, maka ia tidak memberi makna apa-apa.

Siapakah dan golongan manakah yang akan mengambil kira kehidupan kita semua - 35 juta orang ini - selaku kaum pekerja, buruh dan karyawan di era Malaysia sebagai negara maju kelak? Apakah masih lagi golong­an nasionalis seperti sekarang?

Fikir-fikirlah. Buka sedikit minda...

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain