Pembangkang mesti bersedia dahulukan rakyat, sokong kerajaan.

Semalam Bank Dunia melaporkan situasi ekonomi negara yang tidak menyenangkan.

Sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, keadaan tidak bertambah baik, sebaliknya makin merosot.

Menteri Keewangan telah membuat banyak kesilapan dalam pengurusan kewangan negara. Tindakan populis untuk menjayakan manifesto Pakatan Harapan (PH) juga mula menunjukkan kesan negatif kepada ekonomi negara.

Misalnya pelaksanaan SST menggantikan GST bukan saja menyebabkan cashflow akaun kerajaan menjadi tenat, pendapatan menurun, tetapi juga gagal menurunkan harga barang.

Pertumbuhan ekonomi negara dianggarkan terus turun bawah paras 4.9 peratus.Pertumbuhan eksport susut paling rendah kpd 3.7 peratus berbanding 10 peratus sebelumnya. Tukaran matawang ringgit berbanding USD sudah susut 0.30sen.

World Bank juga meramalkan “...substantial risks relating to uncertainty in the external environment “

Impak kepada rakyat di jangka cukup besar. Kenaikan harga membawa pada kesan inflasi. Kelembapan pelaburan dan perbelanjaan awam akan menguncupkan ekonomi, mengurangkan peluang pekerjaan.

Menaikkan gaji minimum pula akan meningkatkan kos dan mengurangkan daya saing.

Memperbaiki situasi ini sangatlah mencabar.Para menteri yang tidak berpengelaman akan memburukkan keadaan..

Justeru,operasi menyelamat amat bergantung kepada kekuatan pimpinan perdana menteri, kestabilan politik dan dasar yang jangka panjang melebihi tiga tahun.

Dalam situasi ini ahli parlimen mempunyai peranan yg sangat penting. Politicking yg berlebihan akan merosakkan lagi situasi ini. Begitu juga gangguan ketenteraman dan peralihan kuasa atau pimpinan pasti akan memburukkan keadaan

Dalam hubungan ini, ahli parlimen perlu rational terutama bila berdepan situasi yang kritis termasuk soal penggantian jawatan perdana menteri.

Kepentingan seorang individu atau puak tidak harus mengatasi kepentingan rakyat. Adalah penting Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di beri masa dan ruang yang cukup untuk mengurus situasi ini.

Beliau mempunyai pengalaman dan keupayaan, namun beliau pastinya memerlukan masa lebih daripada dua tahun. Apa lagi kiranya tempoh itu boleh membawa kepada perubahan-perubahan yang menyebabkan “uncertainty”dan “instability” harus di elakkan

secara peribadi saya berpandangan ahli parlimen kjaan dan pembangkang mesti mengambil sikap bertanggongjawab membantu perdana menteri demi kepentingan rakyat.

Wakil Rakyat UMNO seramai 49 orang harus Terus dan kekal sebagai pembangkang utk mempastikan ujud “semak dan imbang”. Pada masa yang sama wakil rakyat UMNO 49 orang harus bersedia memberi sokongan kepada Dr. Mahathir, agar pimpinannya bersama 13 kerusi PPBM berada dalam situasi stabil untuk menguruskan ekonomi dan negara.

Sekiranya situsi memerlukan, mandat harus diberikan kepada perdana menteri melebihi tiga tahun atau full term sekali pun.. negara dan rakyat lebih utama dari individu.

Pada masa sama kerajaan PH perlu diingatkan supaya mulalah bekerja dan bukan lagi bermain dengan sikap “blaming game” atau membalas dendam.

Mereka perlu segera memperkenal langkah yang dapat membela rakyat setelah banyak janji mereka gagal mereka tunaikan. Masa tidak menunggu mereka. Uruslah sebuah realiti.

Kegagalan bererti hayat gagasan politik mereka bakal berkubur.Rakyat punya kuasa dan Allah SWT yang menentukan

Jumpa kita di sidang Parlimen minggu depan....Insyaallah 


Tan Sri Annuar Musa adalah Ahli Parlimen Ketereh