Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ANALISIS MINGGUAN - 9 APRIL 2017

Penunjuk perasaan di depan White House mendesak Trump menghentikan serangan ke atas Syria.
Penunjuk perasaan di depan White House mendesak Trump menghentikan serangan ke atas Syria.

IKTIBAR SYRIA
Serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Syria mengejutkan dunia, yang dikhuatiri mencetuskan ketegangan baharu. Inilah serangan pertama yang diarahkan oleh Donald Trump sejak bergelar Presiden.

Awang berharap AS tidak meneruskan tindakan ketenteraan kerana itu bukan jalan penyelesaian terbaik kepada konflik.

Sudah kerap terbukti, serangan udara besar-besaran lebih mengakibatkan kehilangan nyawa dan kesengsaraan kepada orang awam. Cukuplah penderitaan yang ditanggung oleh rakyat negara itu atas kekejaman Presidennya, Bashar al- Assad dan perang saudara.

Beberapa hari sebelum serangan AS, tragedi serangan bom kimia meragut lebih 100 nyawa dipercayai dilancarkan rejim tentera Bashar. Awang hiba melihat gambar-gambar mangsa yang bergelimpangan.

Ambillah iktibar daripada apa yang berlaku di Syria dan beberapa lagi negara Islam seperti Iraq, Libya dan Mesir yang terus bergolak sehingga hari ini. Syukur di Malaysia, kita terus aman dan harmoni tetapi usah diambil mudah kerana suatu ketika dulu itu juga keadaan di Syria.

Maka kekalkanlah kestabilan, perpaduan dan jangan membuka pintu kepada pihak luar, yang padah menanti amat dahsyat.

 

HADI DAN RUU355
Di sebalik cubaan menggagalkan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RRU 355 oleh Pakatan Harapan, Presiden Pas, Hadi Awang melaksanakan tugasnya dengan baik, tenang dan tegas.
Awang ucap tahniah kepada Hadi atas kejayaan membentangkan usul RUU 355 walaupun Pakatan Harapan terutama Penasihat DAP, Lim Kit Siang hebat menentangnya. Ternyata Kit Siang membuktikan beliau adalah ketua sebenar Pakatan Harapan untuk menolak satu lagi hak umat Islam iaitu kali ini bagi penambahbaikkan Mahkamah Syariah. 
Apa yang menarik adalah peringatan Hadi agar pemimpin bukan Islam (terutama Kit Siang) jangan mempermainkan agama Islam. Pembentangan RUU yang menyerlahkan muafakat persaudaraan parti-parti utama Islam antaranya UMNO-Pas mendapat sambutan positif umat Islam. Syukur. 
Awang juga angkat topi dengan ketegasan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia memastikan pembentangan RUU diteruskan walaupun menghadapi gangguan Ahli-Ahli Parlimen DAP dan PKR. 
Benar kata Pandikar, ketika ada kuasa, gunakan kuasa itu dengan betul dan berani supaya tidak jadi bloody fool. Mesej yang sangat jelas.


AKTA 164, SYUKUR
Kerajaan mengambil keputusan yang tepat apabila menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang ( RUU) Membaharui Undang-Undang ( Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) di Parlimen, baru-baru ini. Pindaan Akta 164 itu memerlukan penelitian semula daripada Peguam Negara. 
Awang bersyukur langkah tersebut melegakan majoriti umat Islam dan banyak pihak, yang sebelum ini membantah RUU itu. Setidak- tidaknya kerajaan mendengar suara umat Islam. 
Mufti Perak, Harussani Zakaria menyambut berita gembira itu dengan tangisan kesyukuran. Awang turut tersentuh. Setidak- tidaknya kerajaan mendengar suara umat Islam. 


PATRIOTKAH KIT SIANG
Apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa beliau seorang yang patriot kononnya untuk menyelamatkan Malaysia, Awang hanya senyum. 
Pelbagai pihak dalam nada sinikal mempersoalkan kenyataannya itu dan menyifatkan beliau tidak layak mengangkat diri sebagai patriot.
Kit Siang perlu mencermin diri apakah beliau menepati ciri-ciri seorang patriot dengan mengambil kira sejarah dan pendekatan politiknya yang memudaratkan negara. 
Dengan pelbagai isu terpalit pada DAP pimpinannya selama lima dekad - sabotaj ekonomi, rasis, anti-Islam, isu peranan dalam tragedi 13 Mei 1969, selalu memperlekehkan pihak berkuasa dan pasukan keselamatan serta asyik menghasut kaum Cina membenci kerajaan - apakah itu patriot namanya?
Awang juga hairan bagaimana seorang yang sudah dianggap diktator di negara ini mendabik dada pula sebagai seorang patriot. Cubaan menukar imej ini tidak semudah menukar baju. Yang pasti Kit Siang makin terdesak bukan untuk menyelamatkan negara tetapi masa depan politik Dinasti Lim iaitu beliau dan anaknya, yang didakwa di mahkamah kerana rasuah.
 Tidak sukar untuk membaca helah Kit Siang. Sekali lagi patriotkah itu?


CABARAN TMJ
Dahulu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berada di luar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kini setelah menjadi Presiden FAM, keadaan tentu berlainan. Bercakap dan mengkritik dari luar tidak sama apabila berada di dalam apatah lagi jika menerajuinya. 
Beban sudah di bahu sendiri. TMJ terpaksa mengambil langkah tidak popular apabila memecat 20 staf termasuk beberapa jurulatih disebabkan FAM kekurangan dana sebanyak RM40 juta.
Juga awal-awal lagi sudah ada kontroversi berkaitan pemilihan jurulatih kebangsaan, Mario Gomez, yang bercanggah kenyataan dengan TMJ. Akhirnya Gomez, tersingkir. 
Apa pun dalam membawa pembaharuan, tentu banyak cabaran dan dugaan. Awang percaya TMJ akan cekal hadapi itu semua untuk meneruskan misinya melonjakkan pencapaian bola sepak negara. Sebagai Presiden FAM, TMJ perlu diberi sokongan penuh biar apa pun langkah drastik yang diambil.
 Ubat yang pahit itu biasanya penawar. Semalam, ada petunjuk positif apabila Tunku Ismail berjanji melunaskan hutang FAM kepada persatuan negeri, yang lama tertunggak. Berilah lebih masa kepada TMJ dan Awang yakin baginda akan menyinar. 
 

HALIMUNAN ...?
Awang ingin bertanya pihak berkuasa berapa ramaikah jumlah pelancong asing yang tinggal lebih masa dan gagal dikesan? 
Begitu juga status pekerja asing yang tidak kembali ke negara asal selepas tamat tempoh dokumen lalu menjadi pendatang haram. 
Khabarnya jumlah mereka begitu besar. Kebanyakannya meresap dalam kehidupan masyarakat kita dengan bekerja dalam pelbagai bidang termasuk industri pelacuran, rumah urut, bengkel dan kilang haram.
Awang melihat golongan 'halimunan' yang gagal dikesan ini sebagai isu ancaman keselamatan serius, umpama bom jangka menanti ledakan. Lebih mengganggu fikiran, sudah ada pihak yang menggesa kerajaan memberikan taraf kewarganegaraan kepada mereka. Awang boleh hidu ada muslihat dan gerakan terancang. Maka berwaspadalah dan jangan tunduk.


KISAH HOLST
Kisah seorang rakyat Jerman, Benjamin Holst kembali aktif mengemis di negara ini menarik perhatian Awang. 
Dia selalu dilihat mengemis sebelum dilaporkan bercuti di negara jiran. Kini kelibatnya jadi perhatian semula.
Hakikatnya mat salleh dari Eropah dan ribuan warga asing memilih Malaysia untuk mencari rezeki dengan cara meminta sedekah.
Kemurahan hati rakyat kita dan ekonomi negara yang relatifnya baik dimanfaatkan oleh orang asing, daripada yang mahu mengemis hinggalah kepada pelaburan besar.
Ketika ada pemimpin Pakatan Harapan bertindak mensabotaj ekonomi Malaysia seolah-olah negara ini tidak layak didiami, kisah Holt menceritakan sebaliknya. Renungkanlah.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain