Perdebatan dan perbahasan isu berkenaan yang menjadi semakin tidak terkawal dikhuatiri memberi kesan yang tidak baik kepada hubungan antara kaum di negara ini.

Sebenarnya pemimpin UMNO sendiri telah memutuskan akan menyokong pengiktirafan UEC dan akan dilaksanakan selepas pilihan raya yang lalu.

Jadi apabila Pakatan Harapan yang turut menyokong isu sama dan telah memenangi pilihan raya, perkara itu tidak perlu ditangguh begitu lama kerana kesannya sangat buruk.

ti
Ti Lian Ker

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkongsi kebimbangan itu dan berharap ia ditangani segera serta kerajaan yang telah diberi mandat supaya tidak takut melaksanakannya.

Majoriti rakyat telah memilih, oleh itu kerajaan tidak perlu takut untuk melaksanakan janjinya, walaupun ditentang segelintir pihak, katanya.

Isu ini sebenarnya tidak begitu serius dan terlalu besar jika ditangani segera dengan baik, ia hanya berkisar sekitar sekumpulan orang Cina yang kurang mahir bahasa Malaysia dan mahu menduduki peperiksaan di Taiwan bagi membolehkan mereka memasuki universiti di negara berkenaan.

Mungkin hanya sebahagian kecil sahaja daripada mereka yang akan memohon untuk memasuki universiti tempatan. Jadi ia bukanlah satu masalah yang terlalu besar untuk diselesaikan berbanding isu ekonomi dan perpaduan di negara ini.

Ibu bapa Melayu juga semakin ramai yang menghantar anak-anak ke sekolah Cina kerana mereka lebih yakin sistem berkenaan dapat melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang matematik serta pada masa dapat menguasai bahasa Mandarin sebagai bonus.

Oleh itu kerajaan perlu bertindak segera dan tidak membiarkan keresahan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum ini berlarutan.