“Saya mahu mengekalkan pelanggan tetap bapa dengan berhati-hati menggunting rambut mereka supaya berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Walaupun pelanggan yang datang ke kedai ini pelbagai bangsa, saya merasa seronok kerana dapat mengenali mereka,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Song Cher yang sebelum ini mengikuti latihan menggunting rambut di sebuah akademi selama sembilan bulan berkata, dia juga turut mempelajari ilmu berkenaan daripada bapanya.

“Kebanyakan asas menggunting saya belajar daripada ayah. Jadi, saya sudah mempunyai teknik sendiri untuk menggunting sejak awal pembabitan dalam bidang ini,” katanya.

Jelasnya, kedai gunting kepunyaan keluarganya itu mendapat perhatian masyarakat di Pekan Rembau.

“Saban hari, pelbagai bangsa datang gunting rambut di kedai ini, saya dan adik membantu ayah untuk memastikan pelanggan tidak menunggu 
lama untuk menggunting rambut.

“Kedai ini juga turut menawarkan perkhidmatan mencuci dan menggunting rambut dengan bayaran RM25. Jika hanya menggunting sahaja RM8 bagi pelajar sekolah dan RM10 untuk dewasa,” ujarnya.