Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Aksi tanpa manipulasi lebih mencabar

Mohd. Razib
Mohd. Razib

SETIAP pelagak ngeri mempunyai kemahiran dan teknik khusus untuk melakukan aksi lagak ngeri yang berbahaya dan mengagumkan. Begitu juga dengan Mohd. Razib Salimin, 55, yang bukan sahaja terlibat sebagai pelagak ngeri malah menyelaras aksi yang ingin dilakonkan, turut cenderung menggunakan kaedah dan pendekatan tersendiri apabila beraksi di hadapan kamera.

Biasanya dalam penggambaran filem, teknik kamera dan penggunaan kabel digunakan bagi membantu mengurangkan risiko dialami oleh pelagak ngeri namun, tidak bagi Mohd. Razib yang lebih gemar melakukan ‘live telecast stunt’.

“Kadang-kadang pengarah akan buat penggambaran sesuatu aksi dengan menggunakan teknik manipulasi kamera yang merakam aksi dari pelbagai sudut dengan cara ‘action’ dan ‘cut’ beberapa kali untuk mencipta kesan-kesan terhadap babak yang dihasilkan.

“Selain itu, lagak ngeri dilakukan juga menggunakan manipulasi kabel yang mengawal pergerakan pelagak ngeri. Cara ini merupakan inisiatif untuk mereka mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kecederaan.

“Namun, kebanyakan dalam adegan lagak ngeri melibatkan aksi berbahaya motosikal, saya lakukan secara langsung tanpa menggunakan taktik atau teknik kamera mahupun manipulasi penggunaan kabel.

“Kaedah ini saya lakukan bagi memastikan aksi yang dipertontonkan kelihatan benar-benar berlaku namun masih tidak mengabaikan aspek keselamatan dan ini sebenarnya memberi kepuasan kepada diri saya sebagai seorang pelagak ngeri,” katanya yang kini menguruskan syarikat produksi lagak ngeri sendiri iaitu MRS Stuntmaster yang ditubuhkan pada 2000.

Sebelum terlibat secara serius dalam industri perfileman, Mohd. Razib pernah bertugas sebagai jurulatih pasukan polis untuk latihan bersenjata, kawat dan seni mempertahankan diri di Pusat Latihan Polis di Sarawak sejak 1980 hingga 1985.

Berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang dimilikinya itu memberi banyak kelebihan kepada dirinya untuk meningkatkan kebolehan melakukan aksi lagak ngeri dengan lebih baik dan berkesan.

Beliau kini memiliki kepakaran dalam pelbagai aksi filem meliputi lagak ngeri kemalangan menggunakan motosikal dan kereta, berlawan, lompat, terjunam, piroteknik, bakar diri, ‘rigging’, koreografi untuk pencahayaan, penggunaan senjata dan banyak lagi.

Sepanjang lebih 20 tahun terlibat dalam industri perfileman, Mohd. Razib telah diberikan kepercayaan melakukan pelbagai aksi dalam kira-kira 40 filem tempatan seperti Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur, Remp-It, Remp-It V3, Bohsia 2, Castello, Evolusi KL Drift dan filem luar negara seperti Anna and The King (Hollywood), Cash (Bollywood) dan Kick (telugu).

“Dalam banyak-banyak filem saya terlibat, adegan lagak ngeri motosikal dalam Remp-It merupakan aksi paling bahaya yang pernah saya lakukan secara langsung. Adegan itu melibatkan lagak ngeri motosikal yang saya tunggang menggantikan lakonan Farid Kamil.

“Adegan tersebut merupakan cabaran terbesar buat saya kerana perlu membuat aksi kemalangan sebenar dan bukan mudah untuk membawa motosikal yang meluncur masuk dalam posisi mengiring di bawah treler yang sedang bergerak.

“Selain itu, saya juga melakukan melakukan aksi lagak ngeri dalam filem Bohsia 2 yang melibatkan adegan dua karakter Sofi Jikan dan Shamsul Yusof yang terlibat dalam kemalangan selepas sebuah kereta berhenti di hadapan mereka.

“Saya melakukan kedua-dua lagak ngeri secara langsung ketika babak Shamsul terpelanting dari motosikal selepas berlaku pelanggaran dan aksi ‘slide’ motosikal Sofi Jikan ,” katanya yang menekankan aspek kemahiran, ketepatan, fokus dan disiplin ketika melakukan lagak ngeri.

Sepanjang beraksi, kemalangan yang paling teruk yang pernah dihadapinya ialah ketika berlakon filem Evolusi KL Drift. Dalam insiden berkenaan telah menyebabkan dia mengalami kecederaan teruk pada muka selepas melambung di atas kereta yang melanggarnya.

Namun, kemalangan tersebut tidak pernah mematahkan semangat Mohd. Razib untuk terus bergiat sebagai pelagak ngeri.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain