Mungkin ada pihak termasuk sesetengah pemimpin terbabit merasakan tempoh dua penggal tidak cukup untuk membolehkan mereka melaksanakan segala agenda atau pembaharuan sama ada di peringkat negara atau negeri.

Tentunya Dr. Mahathir sudah memikirkan baik buruk jika dibiarkan seseorang pemimpin menerajui kerajaan untuk tempoh terlalu lama termasuk barangkali bagi mengelak pemimpin menjadi terlalu berkuasa dan untouchable oleh undang-undang.

Di negara-negara maju, jarang berlaku Presiden atau Perdana Menterinya dapat mempertahankan jawatan mereka selama lebih dua penggal.

Selain dari segi tempoh perkhidmatan, wajar juga diberi perhatian agar siapa pun jadi PM, MB atau KM perlu adil dan jangan asyik tumpu projek penting seperti universiti, hospital dan lain-lain ke kawasan Parlimennya saja.

Contohnya jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih dipilih jadi MB Selangor, jangan pula banyak projek mega dan infrastruktur tertumpu ke kawasannya.

Semoga siapa pun jadi PM, MB dan KM, mereka perlu adil kepada kawasan-kawasan lain agar tiada rakyat yang merasakan kawasan mereka terpinggir.

PS: Sedih lagi tiga tahun nak bersara.