Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PENUNJUK perasaan memegang gambar mangsa keganasan yang terdiri
PENUNJUK perasaan memegang gambar mangsa keganasan yang terdiri daripada individu pelbagai agama ketika membantah perhimpunan March Against Sharia di New York, 10 Jun lalu. REUTERS

APABILA pertubuhan yang dinamakan ACT for America (ACT) mula diperkenalkan pada 2007 oleh peng­asasnya Brigitte Gabriel, tidak ramai yang ambil peduli mengenainya kerana ACT dianggap sebagai salah satu dari ribuan pertubuhan yang wujud di Amerika Syarikat (AS). Tetapi apabila Gabriel pada 2008 menganjurkan perhimpunan yang diberi gelaran STOP Sharia Now, perhatian mula diberi terhadapnya yang adalah seorang rakyat AS berketurunan Arab kerana dia asalnya seorang imigran dari Lebanon.

Matlamat perhimpunan STOP adalah untuk memberi penjelasan dan perhatian mengenai perundangan syariah tetapi oleh kerana maklumat yang disampaikan adalah terlalu berat sebelah, kesan yang terbit daripada perhimpunan tersebut sebenarnya telah mening­katkan lagi perasaan Islamofobia dalam kalangan rakyat Amerika.

Perlu ditekankan perlembaga­an AS membenarkan penggunaan dalil perundangan yang ber­asaskan agama dan ini termasuk syariah dan juga Halakha Yahudi dalam sistem mahkamah AS terutama sekali dalam kes yang membabitkan isu perkahwinan dan pembahagian harta. Aktiviti ACT yang menjurus menyemarakkan Islamofobia dalam kalangan rakyat Amerika sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi penggubal undang-undang dalam ka­langan ahli politik dan setakat kini terdapat 10 negeri di AS yang melarang penggunaan dalil perundangan Syariah di mahkamah negeri terbabit.

Sabtu lalu, ACT sekali lagi meng­anjurkan perhimpunan March Against Sharia yang antara lain mempunyai matlamat menyemai perasaan takut terhadap agama dan penganut Islam. Walaupun ACT mendakwa matlamat perhimpunan kali ini adalah untuk memberi kesedaran dalam melindungi golongan wanita dan kanak-kanak yang berhadapan dengan perundangan syariah, tetapi apabila maklumat berat sebelah digunakan maka ini telah berjaya memberi persepsi buruk terhadap agama Islam.

Paling membimbangkan adalah berbeza dengan perhimpun­an STOP Sharia Now pada 2008, March Against Sharia telah mula menarik minat kumpulan yang agak ekstrem pandangan mereka termasuk kumpulan neo-Nazi, pelampau kulit putih dan militia. Pembabitan kumpulan pelampau ini yang mempunyai fahaman berat sebelah terhadap Islam dikatakan begitu menjadi-jadi sejak Donald J. Trump dilantik sebagai Presiden AS. Malah Gabriel pernah mendakwa beliau mempunyai saluran komunikasi secara langsung dengan Trump dan pernah beberapa kali bertemu de­ngan presiden AS itu.

Kebersamaan antara pertubuhan anti-Islam seperti ACT dan kumpul­an pelampau yang lain agak membimbangkan dan tidak keterlaluan jika diandaikan senario seperti ini mencambah kerana antara lain dise­babkan oleh tindak-tanduk dan dasar Trump terhadap apa jua yang berkaitan dengan Islam.

Apabila Jeremy Joseph Christian menghambur kata penghinaan dan kebencian kepada dua anak muda perempuan beragama Islam di Portland, Oregon dua minggu lalu yang mengakibatkan dia menikam mati dua individu lain yang cuba menghalang kejadian tersebut daripada berterusan, senario itu sebenarnya menjurus kepada penglibatan puak pelampau dalam aktiviti anti-Islam.

ACT yang dianggap sebagai pertubuhan anti-Islam yang pa­ling berpengaruh dan ekstrem dengan mempunyai keahlian se­ramai 300,000 dengan lebih 1,000 cawangan di seluruh AS te­lah berjaya sedikit sebanyak menyemai perasaan Islamofobia bukan sahaja dalam kalangan rakyat AS tetapi juga ahli politik yang mempunyai pengaruh dan kuasa menggubal undang-undang.

Pada 2017 sahaja terdapat 16 negeri mengusulkan sejumlah 102 rang undang-undang yang antara lain menghalang penggunaan dalil perundangan syariah dalam sistem mahkamah negeri terbabit seperti yang telah diamalkan oleh 10 negeri sebelum ini. Menarik jika ditekankan bahawa 80 peratus daripada keseluruhan rang undang-undang yang diusulkan oleh penggubal undang-undang ini juga terdiri daripada ahli politik yang mempunyai pandangan berat sebe­lah terhadap kumpulan minoriti AS seperti imigran dan wanita.

Walaupun ACT mendabik dada bahawa mereka memperjuangkan hak kebebasan beragama, hakikatnya setiap aktiviti ACT adalah begitu anti-Islam. Gabriel pernah mendakwa setiap penganut agama Islam adalah individu yang radikal dan mereka ini tidak akan taat kepada AS. Mengapa perhimpunan terkini dilangsungkan pada ketika umat Islam melalui ibadah pada bulan Ramadan juga menjadi persoalan terhadap niat sebenar ACT.

Tidak cukup dengan Islam yang sering dikaitkan dengan kepercayaan ajaran agamanya mengga­lakkan keganasan kerana dipergunakan oleh orang Islam itu sendiri, individu seperti Gabriel melalui ACT juga menyemai perasaan Islamofobia yang lebih ekstrem. Jika wujud individu atau kumpulan yang kononnya berjihad de­ngan meletupkan diri sendiri demi membunuh seteru mereka, maka tindakan Gabriel juga amat berbahaya kerana memperalatkan dalil mempertahankan hak asasi golong­an wanita dan kanak-kanak yang kononnya dizalimi agama anutan mereka iaitu Islam.

Lebih membimbangkan lagi Islamofobia di Amerika disema­rakkan oleh tindak tanduk White House ketika ini melalui dasar yang prejudis terhadap umat, agama dan negara Islam dan tidak menghairankan individu se­perti Gabriel dan pertubuhan anti-Islam seperti ACT begitu selesa bersama-sama dengan kumpulan radikal, neo-Nazi, pelampau kulit putih dan militia.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain