Kepada wartawan Utusan Malaysia, AZMAN IBRAHIM dan jurugambar AIZZUL A. MAJID, Setiausaha Agung Gerakan, MAK KAH KEONG mengulas lanjut mengenainya.

UTUSAN: Apa menyebabkan saudara terpanggil menyanggah tuduhan Melayu malas dalam sebuah video yang tular dalam media sosial baru-baru ini?

 

KAH KEONG: Saya membesar di sebuah flat di Ayer Keroh dan mempunyai ramai kawan Melayu. Saya juga budak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jadi, dari UKM lagi saya kena bekerja secara berkumpulan. Kami sekumpulan ada membaca buku Profesor Datuk Dr. Syed Hussein Alatas iaitu pengasas parti Gerakan. Saya tertarik dengan hujah-hujah-nya dan segala ideologi yang dibawa iaitu Melayu bukan bangsa pemalas. Hingga kini, kita (rakyat) masih mempu-nyai satu tanggapan daripada pemerintah atau pemimpin sendiri iaitu Melayu ini malas sampai masyarakat Melayu sendiri menerima dan beranggapan mereka tidak setanding Cina dan kaum lain. Lama-kelamaan, saya berasa tanggapan ini sudah sebati tetapi ia sebenarnya salah.

Saya kenal ramai orang Melayu yang bekerja keras, gila kerja. Jadi, saya secara peri-badi hendak lihat dari sudut pandangan berbeza. Dalam buku The Myth of The Lazy Native (Mitos Pribumi Malas) yang ditulis oleh Syed Hussein, beliau memberi satu hujah yang berlainan. Syed Hussein berkata, pada zaman dahulu, Me-layu tidak malas. Macam mana hendak bina kapal besar-besar, canggih-canggih kalau Melayu malas? Macam mana Melayu boleh belayar ke Eropah? Kalau Melayu malas, macam mana hendak hidup? Ia beri satu idea berbeza. Orang kata. buku itu menyanggah apa yang ditulis oleh Thomas Stamford Raflles dalam buku The Lazy Native.

Sebenarnya apabila penjajah datang, mereka tidak hiraukan penduduk di sini, Jadi mereka pun bentuk satu polisi yang memang tidak memberi manfaat kepada orang Melayu pada masa itu. Jadi, apa pun, bangsa Melayu tidak ada alasan untuk bekerja keras untuk mereka. Ini kerana mereka penjajah. Sehubungan itu, penjajah menyifatkan Me-layu adalah pribumi malas.

Sekarang, pembentukan polisi amat penting oleh kerajaan. Kalau pembentukan polisi itu masih tidak jadi pe-mangkin kepada kemajuan rakyat di negara ini, saya rasa, rakyat Malaysia tidak akan pergi ke mana-mana. Polisi kerajaan sangat penting iaitu polisi yang meningkatkan daya saing sesama kaum. Jangan sesekali bagi tanggapan bahawa sesetengah kaum sangat lemah, perlu bantuan. Semua bangsa ada rajin dan malas. Saya pun kenal bangsa Cina yang malas gila. India pun ada yang malas gila. Ada juga. Tidak ada spesifik kaum tertentu.

Adakah pandangan ini mula menunjukkan Gerakan bukannya berasaskan satu kaum semata-mata?

Gerakan memang aktif dalam kalangan orang Cina. Kami nampak macam MCA II. Selepas saya ambil alih jawatan sebagai Setiausaha Agung Gerakan, saya ada satu sasaran iaitu saya hendak memperluaskan pemikir-pemikir tempatan. Selepas itu, saya hendak buat satu set siri wacana pemikiran Syed Hussein Alatas. Ini disebabkan saya rasa pemikir-pemikir tempatan ada acuan jati diri yang memang sesuai untuk bangsa Malaysia.

Dalam usaha ini, saya nak mulakan dan teruskan sampai kembali kepada objektif asal Gerakan iaitu menarik penyertaan ramai Melayu untuk lebih aktif lagi. Selepas siri pemikiran Syed Hussein Alatas, saya nak ahli-ahli Gerakan lebih memahami dunia Islam. Walaupun tidak boleh belajar dari sudut keagamaan, tetapi dia (Syed Hussein Alatas) mempunyai latar belakang dan usaha. Saya yakin, kita boleh belajar. Saya pernah cerita perkara ini kepada ahli-ahli berbangsa Cina dan mereka pun tertarik.

Selepas tiga pilihan raya kecil (PRK) dimenangi arisan Nasional (BN) dan menewaskan Pakatan Harapan (PH), adakah Gerakan masih dengan pendirian untuk berdiri sendiri?

Setakat ini, Presiden Gerakan masih mempunyai misi men-yatukan ahli-ahli kita. Kita sudah buat keputusan untuk tinggalkan BN. Jadi, sekarang kalau kita bertanding pun, atas tiket Gerakan. Kita hadapi masalah iaitu selama ini selama lebih 60 tahun kita menggunakan nama BN, jadi orang tak kenal Gerakan. Jadi, kita mahu orang tahu apa itu Gerakan.

Kita telah bagi tahu semua orang, semua ahli kalau mesyuarat pakai pakaian seragam. Dalam dunia politik, kalau bergerak berseorangan, kita tidak akan ke mana-mana. Jadi, kalau realiti, rakyat ini kalau tidak undi BN, undi PH. Kalau tengah-tengah, bersendirian, akan menjadi sukar sedikit, Kita mungkin akan bekerjasama, tidak kisah dengan BN atau PH. Kalau mempunyai ideologi yang sama, kita boleh bekerjasama. Mungkin kita akan berbalik kepada BN atau mungkin kita pergi kepada PH.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin memberi jaminan ekonomi negara dijangka pulih dalam tempoh enam bulan lagi. Apa pandangan anda?

Kita tengok dalam beberapa PRK, saya dapati apabila mereka (pemimpin PH) memberi ucapan, rakyat tidak lagi layan atau peduli dengan janji-janji mereka. Sebab janji-janji manifesto dahulu memang tidak direalisasikan. Rakyat boleh dikatakan sudah bosan dengan janji-janji itu. Bagi rakyat, itu satu penipuan. Bagi kenyataan Daim mengenai ekonomi, saya berharap Malaysia ini akan maju dan kembali kepada status yang lebih bagus, Kita bukan lagi kerajaan, apa yang kita harapkan, janji Daim itu boleh direalisasikan. Boleh menjadi satu realiti yang bagus dalam enam bulan akan datang. Kita rakyat bersedia untuk bantu. Sama-sama kita menjayakan. Kita tidak macam pembangkang dahulu yang mahu sangat ekonomi runtuh.

Berdasarkan indikator semasa di bawah kerajaan PH selama 11 bulan, apa jangkaan anda mengenai penerimaan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)?

Kalau PH dapat membentuk satu polisi iaitu merealisasikan seperti yang dijanjikan, mungkin dua tahun sebelum PRU-15, mereka akan buat, laksanakan manifesto mereka. Mungkin rakyat masih sokong mereka lagi. Kalau rakyat tidak dapat apa yang dijanjikan, rakyat akan tolak mereka (PH).

Orang sudah bosan dengan menyalahkan kerajaan terdahulu dan tidak ada perancangan baharu atau penyelesaian masalah oleh kerajaan semasa.

Dalam ketiga-tiga PRK ini, memang betul, pengundi-pengundi Cina masih setia dan memilih PH. Memang mereka sokong kerana mereka tidak mahu BN. Pada PRU-15, saya takut hendak membuat jangkaan sama ada mereka masih bersama PH atau sebaliknya. Tetapi keadaan mungkin berbeza berlaku di Pulau Pinang yang mana Gerakan dijangka menjadi pilihan.