Tetapi pertembungan Liverpool-Manchester United (LFC-MUFC) pada tengah malam ini, merupakan yang pertama bagi musim 2018/2019 dan pasti menjanjikan perlawanan sengit. Jadi, mohon maaf kepada pembaca yang tidak minat bola. Topik ini cukup penting!

Ada yang memberitahu bahawa MUFC tidak relevan lagi berbanding jirannya, Manchester City yang kini bersaing rapat dengan LFC, masing-masingnya berada pada tangga kedua dan pertama dengan LFC hanya ada kelebihan satu mata selepas 16 perlawanan setakat hari ini.

Namun, kebanyakan penyokong tegar dan lama LFC masih menganggap MUFC sebagai musuh abadi. Sentimen serupa dikongsi oleh penyokong MUFC terhadap LFC.

Atas faktor ini, penyokong kelab City, Chelsea, Arsenal dan Tottenham tidak dipedulikan ejekan mereka oleh kebanyakan penyokong LFC. Tapi kalau daripada MUFC, memang pantas berbalas serangan cemuhan!

Apakah Merrepak menyebar rasa benci? Yang tidak faham suasana bola, mungkin akan kata begitu. Bagi peminat bola, inilah intipati yang mesti ada. Kalau suka sunyi sepi, sila beralih pada sukan golf atau memanah atau catur.
 

Berikut adalah fakta menarik yang dikumpul oleh Merrepak dari Internet : 

1. LFC kini meraih 45 mata daripada 16 perlawanan, di tangga pertama liga mengatasi Manchester City dengan 1 mata.

2. MUFC pula hanya 26 mata, di tangga keenam carta.

3. LFC dibawah Jurgen Klopp menjadi pasukan tunggal belum tewas setakat pusingan pertama 16 perlawanan, berbaki 22 lagi.

4. Allison Becker mencatat rekod baharu kelab dengan memenangi 16 perlawanan pertama yang dia sertai bagi LFC.

5. Mo.Salah telah menjaringkan gol dalam 19 daripada 21 pasukan yang ditentang bagi LFC, kecuali dua iaitu Swansea dan Manchester United.

6. Trend Alexander-Arnold bermain dalam kesebelasan utama LFC buat pertama kali di Old Trafford pada Januari 2017.

7. Gol ketiga LFC ke atas Bournemouth pada 8 Disember lalu, adalah gol yang ke-250 di dalam liga, di bawah seliaan Jurgen Klopp

8. Perlawanan malam ini antara LFC-MUFC adalah yang ke-201 dalam sejarah liga Inggeris.

9. Kali terakhir LFC mengalahkan MUFC ialah pada Mac 2014, 3-0 win di Old Trafford pada zaman Brendan Rodgers di mana Steven Gerrard meledak 2 gol dan satu oleh Luis Suarez.

10. Jika LFC gagal untuk menang malam ini, ia kan menjadi kali kesembilan LFC tidak dapat menumbangkan musuh terbesar mereka, MUFC.

11. Anfield, menjadi kubu teguh LFC menyaksikan kemenangan enam daripada tujuh perlawanan dan meraih 19 mata daripada 21 mata yang tersedia. Gol bolos hanya 1.

12. Keseluruhannya, LFC tidak pernah tewas dalam 28 perlawanan Liga Perdana di Anfield, selepas tewas kepada Crystal Palace pimpinan Sam Allardyce pada April 2017. Skuad Klopp kurang tiga perlawanan untuk menyamai rekod Rafa Benitez.

13. MUFC pula, berdepan dengan kesukaran terutama enam pasukan teratas musim ini, dan satu-satunya kelab yang belum mencatat kemenangan.

14. Kesulitan mereka terpampang kepada bahagian pertahanan, yang kecundang sekurang-kurangnya dua gol dalam setiap empat perlawanan setakat ini.

15. MUFC bagaimanapun, menjaring empat gol buat pertama kali dalam tempoh setahun semasa menewaskan Fulham 4-1 di Old Trafford, minggu lalu.

16. MUFC hanya mampu mencatat tiada jaringan bolos dalam dua perlawanan menentang Burnley dan Crystal Palace.

17. Jaringan bolos sebanyak 26 gol adalah kurang dua berbanding tempoh sama tahun lepas.

18. Bermain di gelanggang lawan, MUFC bolos 12 gol dalam enam perlawanan, termasuk ketika ketinggalan 0-2 kepada Southampton, sebelum berjaya menyamakan gol.

19. Penyerang LFC, Mohamed Salah kini bersaing di tempat pertama penjaring terbanyak dengan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (10 gol) manakala MUFC terdapat Anthony Martial dengan 7 gol. Cuma tidak pasti Martial cergas atau tidak untuk diturunkan malam ini.

20. MUFC memiliki penjaga gol berkelas dunia, David de Gea yang terbukti banyak kali menyelamatkan MUFC daripada kekalahan (seri 5, kalah 4) manakala LFC juga semakin mengagumi Allison Becker terutama semasa menghalang cubaan pemain Napoli, Khamis lepas, membolehkan LFC menyertai 16 pasukan akhir Liga Juara-Juara Eropah.