Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kisah di sebalik nama makanan merrepak

Merrepak

BERTENTANGAN dengan kepercayaan umum, nachos bukan berasal dari Mexico tetapi Amerika Syarikat. – GA
BERTENTANGAN dengan kepercayaan umum, nachos bukan berasal dari Mexico tetapi Amerika Syarikat. – GAMBAR HIASAN

DALAM artikel Merrepak 'Teh Tarik Milik Malaysia’ pada 26 Oktober lepas, saya menerima beberapa reaksi dan maklum balas yang wajar dipaparkan hari ini.

Pertamanya, saya ingin memperbetulkan pemilik ladang teh di Cameron Highland yang sebenar iaitu ladang teh BOH. Ladang ini diasaskan oleh pedagang Inggeris, John Archibald Russel pada 1929 semasa Tanah Melayu dijajah British.

Meneliti sejarah permulaan ladang teh BOH ini, secara ringkasnya boleh dikatakan BOH adalah jenama sebenar Malaysia, walaupun dilahirkan oleh keluarga Inggeris. Generasi ketiga Russel kini menerajui BOH Plantation Sdn. Bhd. yang memiliki tiga ladang di Cameron Highland iaitu Boh, Sungai Palas dan Fairlie, serta satu di Bukit Cheeding di Selangor.

Keempat-empat ladang BOH ini berjumlah 1,200 hektar dan memiliki kilang pengeluaran yang berkapasiti 3,000 kilogram (kg) sehektar iaitu 4 juta kg teh setahun atau 5.5 juta cawan sehari. Ia mewakili kira-kira 70 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dihasilkan di Malaysia.

Terima kasih kepada pengurusan BOH yang menghantar lori promosi teh BOH ke pejabat Kumpulan Utusan keesokan harinya. Seronok rakan-rakan sepejabat. Bila cuaca baik dan masa mengizinkan kelak, saya akan melawat ladang teh BOH di Sungai Palas, Cameron Highland.

Yang kedua ialah surat daripada pembaca budiman, Ungku Hasnan Ungku Idris dari Bandar Baru Uda, Johor yang memberi versi asal-usul teh tarik berlatar tempat Muar.

Walaupun pada awal-awal surat sudah dinyatakan beliau "seorang yang tidak berminat mengikuti tulisan saya kerana pada pandangannya tidak menarik," saya hargai pandangan Ungku Hasnan yang juga memberi gambaran aktiviti sarapan yang sedap dan menyelerakan di Muar. Sekurang-kurangnya, kami berdua sama-sama meminati teh tarik. Itu yang penting.

Yang ketiga, beberapa e-mel daripada pembaca meminta agar diceritakan lagi aspek makanan yang tidak diketahui, susulan daripada artikel 'Teh Tarik Milik Malaysia’ dan 'Sushi Tak Suka, Tempura Boleh’ (19 Oktober 2014). Saya diam-diam menyusun strategi untuk memenuhi permintaan ini. Cabarannya ialah saya perlu mencuba makanan yang bakal dicerita di bawah ini.

Ini bukan suatu tugas mudah kerana saya tidak meletakkan aktiviti 'makan dan makanan’ sebagai bidang ekonomi utama negara. Saya sebenarnya, sangat keberatan diajak 'mesyuarat sambil makan’. Logiknya, macam mana hendak menikmati makanan bila pada masa sama, kena berfikir tentang kerja. Nak ajak makan, makan saja. Jangan cerita hal kerja.

Ini menyebabkan misi kaji selidik makanan ini mengambil masa lama, dan hanya selepas itu baharulah saya akan menulis mengenainya.

Nachos

Bertentangan dengan kepercayaan umum, nachos bukan makanan berasal dari Mexico. Sebaliknya, ia dicipta oleh orang Amerika Syarikat berketurunan Mexico bernama Ignacio, yang namanya dipinjamkan kepada makanan itu menjadi 'nacho’. Ia popular setelah dijual di stadium-stadium sebagai pilihan tambahan kepada burger.

Spaghetti, Meatballs

Kedua-duanya sering disalah anggap sebagai makanan berasal dari Itali. Sama seperti nachos, ia dicipta oleh imigran Itali di Amerika Syarikat. Penyelidikan mendapati orang Itali tidak menyajikan kedua-duanya sebagai makanan ruji mereka.

Croissants

Pasti ramai yang suka menyebutnya mengikut sebutan Perancis 'kru-son’. Walhal pengkaji makanan menemui fakta bahawa roti ini dicipta oleh bekas tentera Austria selepas mencipta roti kipferl. Kedua-duanya sedap.

Barbeku

Kebanyakan rakyat Malaysia menjadikan aktiviti barbeku sebagai acara perhimpunan ramai sama ada di rumah atau tempat awam. Terdapat dua versi popular asal-usul kaedah memasak barbeku iaitu berasal daripada perkataan Perancis 'de barbe à queue’ bermaksud 'dari janggut ke ekor’ dan perkataan Red Indian dan dialek Caribbean yang kemudiannya menjadi perkataan Sepanyol 'barbacoa’ bermaksud 'unggun api keramat’.

Biskut

Berasal daripada perkataan Perancis 'dimasak dua kali’ merujuk kepada roti nipis dan rata. Orang British menggunakan kaedah ini untuk menyediakan roti laut, sebagai makanan semasa pelayaran jauh dan lama.

Hamburger

Mendapat nama daripada bandar Hamburg di Jerman. Hamburgers dikatakan menjadi popular pada abad ke-19 oleh para pelayar yang mempelajari teknik itu di negara Baltik Rusia.

Sauté

Sauté dalam bahasa Perancis bermaksud 'melompat’. Tukang masak di dunia memberi definisinya sebagai memasak makanan dengan cepat menggunakan minyak yang sedikit atas api yang membara.

French Fries

Suatu masa dulu, inilah nama yang diguna oleh restoran makanan segera untuk kentang goreng. Masalahnya, kaedah masakan ini tiada kaitan dengan Perancis. Sebaliknya dicipta di Belgium. Dikisahkan bahawa orang Belgium sering menggoreng ikan-ikan kecil dan bila ketiadaan stok ikan, menggunakan kentang yang berbentuk lurus sebagai ganti.

Sundaes

Ais krim, sebutan mudah kita. Cuma, ais krim ini disalut dengan sirap ceri atau apa sahaja sekarang bagi melahirkan rasa sedap. Kajian mendapati terdapat iklan dalam akhbar Ithaca Daily Journal pada 1892 tentang ais krim Sundae ini. Itu sangat lama!

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain