Pasukan ini juga merupakan permulaan tertubuhnya perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kini mencecah usia ke-84 tahun dan menjadi salah satu elemen utama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).  

Selepas ditubuhkan lebih separuh abad, peranan PSSTLDM  dalam menjadi salah satu tunjang perkhidmatan TLDM  bagi membantu menjaga keselamatan perairan negara terutama di kawasan Zon Ekonomi Ekskusif (ZEE) tidak boleh dinafikan.

Malah, gabungan anggota tetap dan anggota PSSTLDM terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional sememangnya penting bagi menjadikan TLDM sebagai angkatan laut yang disegani dan digeruni. 

Terbaru, Kapal Diraja (KD) Sri Klang yang menjadi salah sebuah unit PSSTLDM di Selangor menerima kehadiran ‘keluarga’ baharu sebagai salah satu proses penambahan anggota seperti yang menjadi kelaziman sejak dahulu lagi.

Seramai 46 anggota Pegawai Kadet yang berjaya dalam siri temuduga sebelum ini mengangkat sumpah dan diberi pendedahan serta pelajaran baharu pada hari pertama melapor diri di unit tersebut dalam usaha melahirkan anggota simpanan yang benar-benar mantap.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Memerintah KD Sri Klang, Kepten PSSTLDM Jamalunlaili Abdullah 

Dalam majlis yang sama turut berlangsungnya majlis kenaikan pangkat kepada pegawai dan anggota antaranya Leftenan Muda PSSTLDM Willis Chong Lee Chiat kepada Leftenan Madya; Bintara Kanan KOM Zzali Idris dinaikkan pangkat kepada Pemangku Pegawai Waran II; Bintara Kanan TNL Mohamad Jefri Ismail kepada Pemangku Pegawai Waran II dan Bintara Muda TNL Azeri a/l Bah Dek kepada Pemangku Bintara Kanan.