UKE: Mulia tindakan anda kerana memelihara binatang peliharaan dan memberikan hak yang sewajarnya kepada binatang tersebut. Tetapi memuliakan jiran adalah lebih mulia dan lebih dituntut oleh agama.

Andai memelihara binatang peliharaan itu mendatangkan masalah seperti perselisihan faham dengan jiran maka adalah lebih baik anda serahkan kucing tersebut kepada badan sukarelawan atau orang perseorangan yang berminat utk memeliharanya.

Halal hutang, tuntut balik

Apakah hukum jika seseorang yang telah menghalalkan wang yang diberikan sebagai hutang tetapi dia menuntutnya kembali? - Kadir, Kajang.

UKE: Allah SWT berfirman: “Dan jika (orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (Al-Baqarah : 280 )

Ini membawa pengertian bahawa menghalalkan hutang jika orang berhutang tidak mampu membayarnya adalah suatu kemuliaan.

Apabila sempurna halal tersebut dengan jelas dan nyata dia sudah menghalalkan maka adalah dilarang untuk menuntut kembali hutang yang telah bertukar kepada sedekah atau hibah itu.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang meminta kembali hadiahnya adalah seperti anjing yang menjilat muntahnya” (Riwayat al-Bukhari)

Yang boleh menuntut semula ialah pemberian bapa kepada anaknya sahaja. Nabi SAW  bersabda: “Tiada sesiapa pun apabila ia telah memberikan sesuatu hadiah kemudian ia menuntutnya kembali kecuali bagi bapa yang memberi sesuatu hadiah kepada anaknya (Riwayat Tirmizi; Hadis Hasan).