Bagaimanapun, kami sekeluarga terpaksa hidup mengikat perut setiap bulan disebabkan lima daripada enam anak saya kini sudah bersekolah dan kami berdepan banyak bayaran yuran membebankan.

Anak-anak saya bersekolah di tiga sekolah berbeza dengan jumlah keseluruhan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebanyak RM350 selain yuran asrama, yuran makan dan sebagainya.

Selepas ditolak pinjaman kereta dan lain-lain perbelanjaan wajib, jumlah yang tinggal untuk lapan ahli keluarga tidak mencukupi.

Saya harap pihak berwajib khususnya pentadbiran sekolah mengambil kira juga jumlah tanggungan dalam sebuah keluarga sebelum menetapkan kadar semua yuran berkaitan.

IKAT PERUT

Bera, Pahang