Merujuk prestasi Harimau Muda ketika bertemu pasukan Korea Selatan dalam pusingan kalah mati Kejohanan AFC, 20 Januari lalu, saya yakin potensi skuad negara bawah 23 tahun itu di bawah garapan Datuk Ong Kim Swee. Biar kalah, namun mereka telah memaparkan skill permainan tinggi dan membanggakan.

Harapan saya agar skuad itu dapat diserap terus ke pasukan utama kebangsaan dengan jurulatih sama. Saya percaya Harimau Malaya akan kembali mengaum di persada dunia.

AHMAD BADARUDDIN ABDUL HAQ

Taman Perwira, Gombak