Ketika kuliah berkenaan, beliau menegaskan Islam amat mementingkan keseimbangan alam sekitar atau lebih spesifik lagi mengutamakan pemeliharaan kepelbagaian biologi.

Dalam erti kata lain, Islam amat mementingkan sains. Tambahan pula, perkembangan mutakhir bidang sains dan teknologi seperti kejuruteraan genetik dan pengesahan ahli sains bahawa kedudukan planet mengikut corak geometri tertentu telah menyerlahkan lagi kebenaran al-Quran dan kebesaran Allah.

Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan kementerian baharu yang bertanggungjawab terhadap bidang sains dan peradaban Islam.

Tugas kementerian baharu itu adalah menonjolkan Islam dalam konteks lebih luas dan bukan hanya berkisar soal hukum dan amalan ritual semata-mata.

ANAK JATI

Terengganu