Di depan mata saya, beberapa ibu mengandung yang lain turut mengalami keadaan sama, menyebabkan kami stres. 

Kesimpulannya, jururawat berkenaan kurang budi bahasa dan seolah-olah tidak berminat untuk bekerja secara profesional. 

Apabila pesakit bertanya kenapa terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapatkan khidmat doktor, pernah dia dengan nada keras berkata: “Kalau tidak suka, pergi sahaja klinik lain.”

Sebenarnya jika berkemampuan, saya tidak akan ke klinik itu biarpun diberi rawatan percuma.

Tetapi apakan daya, saya daripada keluarga miskin yang tidak mempunyai pilihan lain. 

Amat menyedihkan apabila kerajaan berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan awam menerusi pelbagai langkah, terdapat kakitangan Kementerian Kesihatan yang menjejaskan usaha itu. 

Apakah kami penduduk di luar bandar tidak berhak menerima layanan baik daripada klinik awam seperti yang selalu dijanjikan?


BAKAL IBU STRES

Jitra