Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wajarkah dipakaikan ‘baju jingga’?

KEBELAKANGAN ini banyak kegiatan rasuah dibongkar dan individu disyaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Syabas kepada SPRM yang gigih membanteras jenayah rasuah di negara ini tanpa mengira ‘bulu’.

Cuma ada satu perkara tidak selesa untuk kita lihat iaitu individu disyaki dipakaikan kemeja-T berwarna jingga tertera perkataan ‘Lokap SPRM’ ketika dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman. Isunya, adilkah bagi seseorang yang disyaki dan masih perlu disiasat dilayan sedemikian rupa?

Jika berpegang kepada prinsip innocent until proven guilty oleh mahkamah, tindakan sedemikian mengaibkan individu berkenaan, apatah lagi imejnya berpakaian itu mendapat liputan media. Sebagai Muslim, kita maklum hukum-hakam agama berkaitan isu mengaibkan seseorang individu.

Pada hemat saya, arahan memakai ‘pakaian seragam’ pesalah SPRM itu wajar dikenakan hanya setelah pertuduhan dibuat mahkamah ke atas individu terbabit setelah siasatan. Mungkin SPRM harus melihat semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan isu itu. Besar implikasinya kepada individu yang diaibkan jika terbukti seseorang itu tidak bersalah.

MAN JOYA

Kajang

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain