Golongan membaca Utusan Malaysia dikatakan lebih banyak dalam kalangan ahli perniagaan, ahli koperasi, kesatuan, persatuan dan lain-lain lagi.

Saya tertarik dengan kenyataan tersebut tetapi kita tidak sepatutnya membataskan golongan pembaca akhbar terbitan Utusan.

Tanggapan bahawa ahli UMNO tidak membaca akhbar ini kurang tepat kerana masih ada yang setia dengan Utusan Malaysia termasuk di kawasan luar bandar.

Sebenarnya semua parti dan pemimpin politik Melayu perlu mendapat malah berebut tempat dalam Utusan Malaysia sebagai percambahan minda.

Tambahan pula akhbar yang lebih tua daripada UMNO ini menjadi pemangkin suara rakyat Malaysia.

Liputan terbuka perlu diberi kepada semua parti dan pemimpin politik Melayu di samping isu-isu berkepentingan bangsa, agama dan negara.

HASHIM RAMLI

Sabak Bernam