Apatah lagi kalangan pekerja asing yang kurang mengambil berat soal kebersihan diberi tugasan di bahagian dapur dan melayan pelanggan. Justeru, tidak hairanlah kadangkala kita dengar ada pelanggan mengalami keracunan makanan.

Selain itu, sikap pemilik restoran mengupah pekerja asing kerana mahu menjimatkan kos itu hakikatnya dilihat telah mengabaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Peluang pekerjaan itu sepatutnya dapat diisi oleh rakyat tempatan terutama di restoran makanan segera.

Mungkin perkara itu dipandang enteng oleh sesetengah pihak namun kita perlu mempunyai kepedulian tinggi terhadap kebajikan masyarakat. Sehubungan itu satu tindakan tuntas perlu diambil termasuk memperhalusi semula peraturan mengenai pengambilan pekerja asing dalam sektor perkhidmatan seperti itu.

MOHD. FIRDAUS ABD. MUNIR

Bentong, Pahang