Mereka sepatutnya berasa tercabar dengan usaha bersungguh-sungguh universiti di China untuk menghantar pelajar mereka ke negara kita bagi mendalami bahasa Melayu seperti dilakukan Universiti Pengajian Antarabangsa Xian.

Sebagai bahasa kebangsaan, saya berpendapat semua rakyat Malaysia patut berbangga untuk menguasainya dan lebih penting lagi, boleh berkomunikasi dalam bentuk lisan dan tulisan dengan baik. Secara tidak langsung, kaum Cina dan India dapat menghayati budaya dan kehidupan orang Melayu sekali gus dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Satu kelebihan dalam mempelajari bahasa kebangsaan adalah kita tidak mungkin jahil dalam bab budaya Melayu sebab budaya dan bahasa berpisah tiada. Oleh demikian, kita lebih memahami dan sensitif tentang sahabat kita orang Melayu.

Dengan mempelajari bahasa Melayu, ia tidak hanya berperanan sebagai alat komunikasi antara satu sama lain, tetapi yang lebih penting untuk mewujudkan persefahaman dalam usaha membina sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut mengutamakan penguasaan bahasa kebangsaan terlebih dahulu kerana Malaysia adalah tanah tumpah darah kita dahulu, kini dan selamanya.

KENNETH CHEW

Lunas, Kedah