Beliau berkata, langkah memastikan nyawa bayi yang hendak dilahirkan terjamin adalah perkara pertama yang perlu diutamakan oleh seorang ibu berbanding menjaga auratnya.

Daripada pemerhatian saya, melahirkan anak di rumah dengan bertemankan doula dan menolak nasihat doktor untuk bersalin di hospital menjadi satu trend sejak akhir-akhir ini.

Amat dikesali kerana keputusan itu dibuat berdasarkan pemahaman salah mengenai apa itu kaedah yang Islamik dan yang tidak.

Perubatan moden bertujuan mengurangkan risiko buruk terhadap bayi dan bukannya berniat menyusahkan ibu.

Ibu yang terpaksa menghadapi kesusahan sewaktu bersalin di hospital termasuk perlu berkongsi kemudahan disediakan dengan pesakit lain harus faham bahawa semua itu dilakukan mereka semata-mata demi keselamatan bayi.

Jadi, wanita yang sedang menimbang sama ada melahirkan anak di rumah atau di hospital, sila fikirkan pilihan mereka dengan teliti.

Mereka yang berniat mahu melahirkan anak di rumah semata-mata bagi menikmati suasana lebih selesa sebagaimana yang saya baca dalam media sosial seharusnya memikirkan semula perkara itu dengan bertanya soalan, kepentingan siapakah yang ingin diutamakan, anda atau bayi anda?

PROFESOR MADYA DR. RAFIDAH HANIM MOKHTAR

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)