Terima kasih kepada mereka semua dan hanya Tuhan sahaja dapat membalasnya.

Setelah lama merdeka, adakah kita sebagai rakyat Malaysia sudah benar-benar merdeka terutamanya dari segi sikap dan perbuatan kita. Merdeka punyai maksud yang tersurat dan tersirat. Jangan kita hanya tahu melaungkan semangat merdeka dan mengibarkan bendera tetapi sikap kita sendiri belum lagi merdeka.

Banyak perkara yang rakyat Malaysia terutama golongan muda pada hemat saya masih lagi belum merdeka terutama dari segi pemikiran. Kita masih dibelenggu sikap negatif contohnya suka melanggar peraturan jalan raya, membuang sampah di merata-rata tempat dan tidak tahu menghormati orang tua serta banyak lagi perkara buruk sama ada kita sedar atau tidak.

Oleh itu, janganlah kita hanya pandai melaungkan perkataan merdeka jika diri kita sendiri belum merdeka.

ANAK MERDEKA

Selangor