Namun yang menjadi persoalan, adakah trend ini baik untuk diikuti? Bagi saya, budaya ini lebih kepada vandalisme alaf baharu yang sepatutnya dihindari khususnya dalam kalangan pelajar.

Sememangnya saya amat tidak bersetuju dengan budaya ini. Bukan sahaja tidak elok dipandang malah mencemarkan nilai diri pelajar itu sendiri. Hakikatnya, terdapat pelbagai cara untuk kita raikan pengakhiran zaman persekolahan antaranya mengadakan jamuan makan melibatkan guru-guru dan rakan-rakan.

Masyarakat kita terkenal dengan sopan santun dan hormat-menghormati tetapi apabila budaya ini semakin berleluasa, hilang satu kesantunan diri yang ada pada diri pelajar terbabit, terutamanya pelajar perempuan. Tidak manis dipandang apabila melihat pelajar perempuan terkinja-kinja ingin menconteng baju pelajar lelaki sehingga lupa adab dan batas pergaulan diri.

ATHIRAH

Alor Setar, Kedah