Apabila dilaksanakan terhadap masyarakat, perlu diputuskan dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan saksama berdasarkan proses hukum yang telah ditetapkan oleh para hakim yang bijaksana.

Dalam proses penghakiman Lim Guan Eng, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini, menampakkan kecelaruan dan berat sebelah dalam kes tuduhan rasuah beliau. Sehingga beliau diisytiharkan bebas walaupun perjalanan kes belum selesai secara muktamad.

Apakah pihak penghakiman negara tidak mampu dan berwibawa mengendalikan kes berprofil tinggi macam ini? Atau ada masalah dalaman antara peguam dan hakim yang telah diamanahkan?

Jangan ada perkara-perkara yang melibatkan proses penghakiman menimbulkan syak wasangka dalam kalangan masyarakat.

Walaupun masyarakat tidak begitu ‘arif’ dengan terma undang-undang, tetapi kewajaran menimbang sesuatu kes itu bergantung kepada logik fakta dan bukti kukuh.

Jangan ada unsur-unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam mengendalikan proses penghakiman di negara ini. Saya bimbang jika kes Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini akan berlaku ketirisan undang-undang yang rapuh dan tidak telus!

Bolehkah kita mengharapkan keadilan yang sebenarnya berlaku dalam kalangan pengamal undang-undang negara ketika ini?

Siapa lagi yang kita boleh percaya dan harapkan selain daripada pengamal undang-undang yang berintegriti?!

WATANABE,

Perlis.