Ini juga perlu dilakukan selaras dengan cadangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bakal menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun.

Cadangan ini dapat menarik minat rakyat kembali percaya kepada tokoh kepemimpinan UMNO kerana idea veteran yang lapuk mungkin tidak dapat menawan hati remaja sebaliknya memerlukan pujukan daripada pemimpin sebaya.

Perkara seperti ini perlu ada sikap keterbukaan dalam kalangan pemimpin lama UMNO kerana organisasi itu telah diibaratkan sebagai kereta lama yang memerlukan spare part baharu.

Jika langkah ini tidak dilakukan, tragedi yang sama mungkin berulang sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

Nakhoda UMNO juga perlu ditukar kerana suntikan tenaga dan nafas idealisme daripada golongan muda dalam melaksanakan perubahan ke arah Malaysia yang lebih maju ke hadapan.

Sebesar mana pun cabaran yang UMNO perlu lalui, mereka perlu bersedia berhadapan dengan perubahan secara bijaksana.

Yang penting, pengaturan langkah UMNO dalam mempertahankan agama, bangsa dan institusi raja-raja Melayu perlu dikekalkan

NUR RAMIEZA 
ABDUL WAHID

Klang, Selangor