UMUM tentu masih ingat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa manifesto Pakatan Harapan (PH) bukannya ‘kitab suci’ yang perlu diikuti sepenuhnya bagi menutup isu pelantikan Speaker Dewan Rakyat.

Namun, pada masa sama Timbalan Menteri Pendidikan sibuk mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekolah persendirian menengah Cina (SPMC) bagi memenuhi janji manifesto PH kepada orang Cina.

Tidak ketinggalan Menteri Kewangan mahu negara buat pusingan U kembali menggunakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi memenuhi janji kepada tauke-tauke yang menaja kempen pilihan raya PH khususnya DAP.

Sementara anggota kabinet ‘flip flop’ berkaitan perlu atau tidak menunaikan janji manifesto, rakyat terus kempunan untuk mendapatkan pendidikan percuma, tol dihapuskan, harga minyak diturunkan dan paling utama mengurangkan beban kos sara hidup.

Harap rakyat khususnya pengundi wakil rakyat masing-masing sedar kedudukan mereka dimana supaya jangan meminta-minta melebihi daripada pihak-pihak yang menjadi keutamaan kerajaan sekarang.

Bukan dianaktirikan tetapi mengutamakan golongan paling penting dahulu sebagai penghargaan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada DAP dan PH.

AHLI KITAB

Segambut