Malangnya, kini penduduk amat bimbang disebabkan oleh kerja-kerja merobohkan kilang yang dahulunya dijadikan tempat memproses racun berbahaya.

Penduduk terpaksa menghidu udara yang mengandungi racun serangga dan risau kerana masalah itu bukan sekadar mencemarkan udara malah akan meningkatkan risiko komplikasi kesihatan terhadap penduduk yang menghidap penyakit saluran pernafasan dan asma.

Besar harapan kami jika pegawai berkaitan dihantar untuk memantau supaya kerja-kerja meroboh kilang dijalankan mengikut prosedur yang betul. Penduduk kampung bersedia memberi kerjasama yang diperlukan jika diminta berbuat demikian.

Langkah proaktif pihak berkenaan untuk membetulkan keadaan akan membawa rahmat besar kepada penduduk di kawasan ini yang sudah sekian lama menghadapi masalah pencemaran udara.

Oleh itu, kami penduduk Kampung Batu 6 mengalu-alukan sebarang usaha pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah ini sebelum keadaan menjadi semakin kritikal.

PENDUDUK KECEWA

Kuala Kedah