Jadual asal perlawanan pembukaan bagi kelayakan kumpulan B Piala Asia itu adalah pada 28 Mac di Pyongyang.

Saya berpendapat tarikh baharu berkenaan tidak sesuai kerana ketika itu umat Islam sedang menjalankan kewajipan ibadat puasa Ramadan.

Pada hemat saya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih ada masa lagi untuk membuat rayuan kepada AFC agar tarikh perlawanan dipinda pada pertengahan bulan Mei atau Julai.

Saya mencadangkan gelanggang berkecuali perlawanan itu adalah di Hong Kong atau Indonesia.

SYED ABDULLAH 
SYED OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan, Seremban