Amalan sekarang, perlawanan bola sepak di seluruh negara diadakan pada Sabtu malam. Bagi memberi keadilan kepada peminat bola di Kelantan, Terengganu, Johor dan Kedah yang bekerja pada Ahad, jadual perlawanan perlu diubah kepada Jumaat malam atau Sabtu pagi.

Selain empat negeri itu, perlawanan kekal Sabtu malam atau Ahad pagi sebagai alternatif. Untuk makluman, perlawanan sebelah pagi telah lama dipraktikkan di negara-negara Barat.

SYED ABDULLAH
SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban