Apa tidaknya, kita pasti melihat penunggang motosikal menggunakan laluan untuk kereta dan kenderaan lain.

Walaupun ada disediakan laluan untuk motosikal, tetapi ramai penunggang yang tidak menghiraukan peraturan jalan raya.

Mereka seolah-olah bermaharajalela. Tambahan pula tiada penguatkuasaan sama ada dari polis trafik mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebagai pengguna jalan raya, saya tidak menyalahkan polis trafik atau JPJ kerana mereka tidak semestinya dapat memantau Lebuh Raya Persekutuan selama 24 jam.

Bagi saya, jika seseorang penunggang itu tidak menggunakan laluan motosikal, ia adalah kerana sikap penunggang terbabit yang suka menunjuk-nunjuk dan tidak bertanggungjawab.

Jika keadaan menyakitkan mata ini berterusan berlaku, eloklah kiranya laluan motosikal sedia ada itu ditutup terus. Dengan cara ini, tidak kiralah sama ada motosikal, kereta, basikal atau kenderaan berat, boleh sama-sama berkongsi menggunakan laluan yang ada. Mungkin ramai yang tidak setuju tetapi jika masih ada penunggang motosikal yang ‘besar kepala’ dan tidak guna laluan motosikal, jadi tidak guna lagi laluan itu disediakan.

Namun, jika laluan motosikal itu ditutup, janganlah pula kita bising apabila jumlah kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan terus meningkat.

PEMANDU PRIHATIN

Shah Alam.