Bagaimana kelulusan binaan boleh diperolehi sedangkan tapak kuil itu sangat hampir dengan rumah penduduk Melayu?

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) serta Pejabat Tanah dan Daerah, tolong buat kajian dan jangan abaikan undang-undang. Mengapa bantahan tidak didengar walaupun berulang kali aduan dibuat?

Apakah apabila sudah berlaku rusuhan, semua pihak baharu nak buka mata? Kami mohon PBT agar peka dengan isu sensitif sebegini. Hormatilah hak rakyat.

Jangan kerana ‘lepas tangan’ pihak berkuasa, ia mengundang perkara tidak diingini. Bertindaklah segera, dengar suara kami dan hak kami!

PENDUDUK
Kajang