Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tunaikan kewajipan berzakat

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengemukakan satu soalan, di samping menunaikan solat adakah kita telah menunaikan zakat? Persoalan yang dikemukakan ini hanya dapat dijawab oleh individu Islam itu sendiri.

Solat dan zakat adalah Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam apabila telah memenuhi syarat-syaratnya. Kewajipan zakat adalah sama seperti kewajipan menunaikan solat. Ini terbukti apabila ayat-ayat tentang kewajipan bersolat dalam kitab suci al-Quran biasanya digandingkan dengan perintah menunaikan zakat.

Ini juga menunjukkan betapa beratnya perintah menunaikan zakat sama ada zakat harta mahupun zakat fitrah. Zakat membawa maksud membersihkan harta dengan mengeluarkan kadar yang tertentu untuk diberikan kepada lapan golongan asnaf yang berhak menerimanya.

Menunaikan zakat adalah sesuatu yang wajib dan apabila hukum itu dikategorikan wajib maka menjadi haram kepada sesiapa yang sengaja meninggalkan kewajipan itu.

Zakat wajib dikeluarkan ke atas beberapa jenis harta yang telah ditetapkan setelah memenuhi syarat dan tempoh tertentu. Kewajipannya mempunyai pelbagai objektif sosio-ekonomi yang positif bukan sahaja kepada penerima zakat bahkan kepada pembayar zakat dan masyarakat keseluruhannya.

Secara umumnya zakat dapat mengukuhkan sistem jaringan sosial selain merupakan langkah awal yang perlu dikendalikan dengan baik dalam menuju satu sistem ekonomi Islam yang sempurna. Kutipan zakat yang tinggi juga akan dapat memastikan aspek jaminan sosial umat Islam dapat dipertingkatkan. Maka semakin banyak kutipan zakat, semakin banyaklah wang zakat dapat diagihkan dan dapat membantu golongan asnaf terutamanya golongan fakir, miskin dan mereka yang menuntut ilmu di jalan Allah.

MOHD. YAKOP IKRAM

Ipoh, Perak

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain